Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

KKM Kaji Pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital ‘e-MC’

Posted on Jun 22, 2026

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital (e-MC) sebagai langkah mengurangkan risiko penyalahgunaan dan pemalsuan sijil perubatan.

Memetik laporan RTM, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan diberi perhatian serius susulan penahanan seorang jururawat yang dipercayai terlibat dalam pengeluaran sijil cuti sakit (MC) palsu baru-baru ini.

“Ini adalah isyarat jelas bahawa kita perlu bergerak ke arah digital, termasuk dalam penggunaan e-MC. Saya yakin Bahagian Kesihatan Digital akan menjalankan kajian segera bagi meneliti pelaksanaannya,” katanya.

Beliau menegaskan hanya doktor yang merawat atau pegawai perubatan sahaja dibenarkan mengeluarkan MC, manakala sebarang salah laku melibatkan etika dan profesionalisme tidak akan dikompromi.

Dalam perkembangan lain, Dr. Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kecerdasan buatan (AI) sebagai medium untuk membuat diagnosis kesihatan secara kendiri atau membuat keputusan berkaitan kesihatan, termasuk bagi tujuan saringan dan pengesahan.

Sebaliknya, sebarang gejala atau masalah kesihatan perlu dirujuk kepada pengamal perubatan bagi mendapatkan penilaian, pemeriksaan dan rawatan yang sewajarnya.

Gambar utama: Facebook//Dr. Dzulkefly Ahmad

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress