Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[Photo] Dr Mahayuddin Abdul Manap (President of MSNMMI) sharing about MyNuCLEaR

MyNUCLEAR Dilancar, Mudahkan Pesakit Akses Rawatan Berkaitan Perubatan Nuklear

Diterbitkan Februari 25, 2026 ยท Dikemas kini Februari 25, 2026 oleh ariff bukhari

Landskap perubatan nuklear negara diperkukuh dengan pelancaran MyNUCLEAR, sebuah platform digital bersepadu yang memudahkan akses kepada maklumat, kemudahan dan rawatan berkaitan perubatan nuklear di Malaysia.

Inisiatif ini diterajui oleh Malaysian Society of Nuclear Medicine and Molecular Imaging (MSNMMI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta sokongan industri daripada Novartis Malaysia.

Platform MyNUCLEAR berfungsi sebagai pusat sehenti yang menghubungkan pesakit, pakar kesihatan dan penyelidik.

Ia menyediakan direktori pusat perkhidmatan bertauliah, maklumat terkini mengenai radiofarmaseutikal dan inovasi seperti teranostik, serta menyokong pembangunan profesional dan kerjasama penyelidikan.

Menurut MSNMMI, perubatan nuklear menggunakan bahan radioaktif dalam dos kecil dan terkawal untuk mengesan serta merawat penyakit termasuk kanser prostat.

Kemajuan seperti pengimejan PSMA dan Radioligand Therapy (RLT) membolehkan pengesanan tumor lebih awal, rawatan berperibadi serta rawatan lebih tepat dengan kesan sampingan minimum.

Pelancaran MyNUCLEAR dijangka meningkatkan kesedaran awam, memperkemas sistem rujukan nasional dan memperluas akses kepada rawatan berteknologi tinggi, sekali gus memperbaiki kualiti hidup pesakit di Malaysia.

Maklumat lanjut tentang platform MyNUCLEAR ini boleh didapati di MyNUCLEAR – MSNMMI.

Berkaitan

  • Kerajaan Sasar 6 Sektor Utama Ini Akan Lebih Banyak Gunakan Teknologi Nuklear
  • Pusat Simulasi Tindak Balas Nuklear Ditubuhkan, Perkukuh Kecekapan Anggota PTN
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY