Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

Platform Media Sosial Perlu Tegas Patuh Garis Panduan Had Umur – Fahmi

Diterbitkan Disember 9, 2024 ยท Dikemas kini Disember 9, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia platform media sosial untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sekiranya gagal berbuat demikian, satu perbincangan akan dilakukan bagi menentukan langkah terbaik mengenainya.

Semua platform pada waktu ini (seperti) Facebook, TikTok, Instagram, X, mereka memang dalam ‘community standard’ ataupun ‘community guideline’, masing-masing mengehadkan hanya yang berumur 13 tahun ke atas boleh membuka akaun dalam platform media sosial. Jadi, penegasan yang kita akan lakukan ialah, melihat bagaimana platform-platform melakukan verifikasi pengesahan umur bagi pengguna ini. Kita akan lihat sama ada mereka boleh melaksanakan ataupun tidak.

Senat Australia pada hujung bulan lepas meluluskan undang-undang yang melarang kanak-kanak serta remaja di bawah umur 16 tahun daripada menggunakan media sosial, menjadikannya negara pertama di dunia mengambil langkah sedemikian.

Sementara kerajaan Indonesia juga dilapor sedang menimbang untuk mengikut jejak langkah Australia melaksanakan larangan tersebut.

Berkaitan

  • Tidak Rancang Sekat Platform Media Sosial Jika Gagal Mohon Lesen - Fahmi
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Kod Tatalaku, Pengendali Media Sosial Diberi Masa Sebulan Untuk Beri Maklum Balas
  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY