Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
alternatif Waze_imagewisermy

Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia – PM Anwar

Diterbitkan Oktober 23, 2026 · Dikemas kini Oktober 23, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan tidak menolak kemungkinan mengharamkan sepenuhnya penggunaan aplikasi Waze sekiranya alternatif tempatan yang tersedia mempunyai keupayaan mencukupi.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu mungkin dilakukan selepas kerajaan meneliti alternatif bagi menggantikan Waze, termasuk keupayaan tempatan untuk membangunkan aplikasi seumpamanya yang mampu berfungsi dengan baik.

“Isu Waze ini isu berat bagi kita kerana pertamanya, ibu pejabatnya itu di Israel. Kedua, dalam perjanjian penggunaan aplikasi itu, jika ada masalah, itu undang-undang Israel yang tentukan. Itu menyebabkan mengapa saya ambil tindakan agak spontan (larang penggunaan Waze). Hal ini tak boleh nak tangguh, satu hari pun tak boleh. Ada orang kata patut sabar dulu, semak dulu. Saya kata dah sah kalau gunakan Waze, maknanya secara automatik dia menyerahkan semua maklumat kepada Israel. Jadi ini soal keselamatan rakyat dan negara, saya tidak boleh kompromi,” katanya.

Anwar berkata berikutan larangan penggunaan Waze khususnya dalam kalangan penjawat awam, beliau menyarankan agar orang ramai beralih kepada penggunaan aplikasi tempatan.

Menurutnya, aplikasi tempatan yang kurang canggih masih boleh ditambah baik, namun keselamatan maklumat kerajaan, data peribadi dan negara perlu diutamakan.

“Apa lagi kita ini di antara negara yang keras menentang rejim Zionis Israel yang kejam itu. Jadi, tentunya tindakan kita itu dipantau. Saya percaya lepas ini, semua pengaruh mereka akan digunakan untuk menghentam kita,” katanya.

Mengulas kontroversi berkaitan keupayaan aplikasi TuJu yang dibangunkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Anwar berkata pihak LLM mengakui aplikasi itu masih belum lengkap dan mempunyai kekurangan.

“Betullah TuJu tu ada kekurangan. Tapi buat sementara waktu, saya tidak mengerti kalau hal ini jadi kontroversi, kontroversinya kerana lembabnya alternatif, itu saya setuju. Tetapi keputusan kita (larang) bukan kontroversi. Ini soal keselamatan negara. Aneh kalau orang masih menekan,” katanya.

Beliau turut mengakui menerima kritikan kerana keputusan itu dianggap terburu-buru, namun mengulangi pendiriannya bahawa keselamatan negara lebih penting.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Waze Nafi Dakwaan Kumpul Maklumat Sensitif Kerajaan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
©2026 WISER.MY