Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_Ogos 2026

Kerajaan Teliti Mekanisme Kawal Selia, Daftar Platform E-Dagang

Diterbitkan Ogos 27, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan segera untuk melaksanakan proses kawal selia termasuk pendaftaran platform e-dagang bagi memastikan kepentingan dan keselamatan pengguna terus dilindungi.

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu diputuskan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, susulan aduan diterima Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada orang awam, termasuk pengusaha platform e-dagang dan peniaga kedai fizikal.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan berkata aduan itu antara lain membabitkan platform e-dagang yang didakwa tidak dikawal selia dengan baik, termasuk penjualan produk elektrik dan elektronik yang mungkin tidak memenuhi piawaian, serta persoalan mengenai status halal sesetengah produk.

“Hasrat kerajaan adalah untuk pastikan para pengguna sentiasa dilindungi. Jadi, apa-apa tindakan diambil yang kita utamakan yang paling utama adalah dalam kalangan pengguna dan pembeli daripada platform-platform e-dagang ini,” katanya.

Fahmi berkata kerajaan tidak berhasrat menutup mahupun menyekat mana-mana platform e-dagang, sebaliknya mahu memastikan produk yang ditawarkan mematuhi piawaian serta peraturan ditetapkan.

“Kita mahu contohnya bagi produk-produk elektrik dan elektronik, ia harus menepati piawaian SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Bagi produk-produk yang dijual sekiranya ada status halal pula, maka ia mesti mematuhi piawaian halal yang kita guna pakai dalam negara,” tambahnya.

Mengulas kerangka penguatkuasaan, Fahmi berkata MOF dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sudah mempunyai proses pendaftaran masing-masing, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga mempunyai mekanisme berkaitan.

Beliau berkata kementerian akan mengadakan sesi libat urus dan perbincangan dengan pengendali platform e-dagang berkenaan.

Menurut Fahmi, pengalaman MCMC dalam melaksanakan kerangka pelesenan terhadap platform media sosial sebelum ini boleh dijadikan rujukan dalam perbincangan dengan pengendali platform e-dagang. Sehubungan itu, beliau berkata perbincangan yang hampir serupa mungkin akan diadakan bersama pihak platform e-dagang berkenaan.

Sementara itu, Fahmi berkata MCMC menerima 1,964 aduan berkaitan jualan produk dalam platform e-dagang atau perkara berkaitan platform itu, termasuk penipuan, dari 1 Jan 2025 hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,147 aduan diterima sepanjang 2025, manakala 817 lagi diterima dari 1 Jan hingga 25 Ogos tahun ini dengan 118 aduan masih dalam tindakan MCMC.

Fahmi turut memaklumkan bahawa 191 aduan berkaitan produk elektrik atau elektronik telah diterima, manakala empat aduan lagi melibatkan kesahihan status halal produk yang dijual.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • “Klik Tanpa Risau” – Shopee Dan PDRM Bangunkan Laman Khas Didik Pengguna Kesan Taktik Penipuan E-Dagang
  • TikTok Shop Kenakan SST 6% Pada Caj Penghantaran Penjual Mulai September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY