Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad pengenalan MyKad4_ featured image wiserMY 28082025

Kerajaan Teliti Cadangan Guna MyKad Untuk Pembelian Minyak Masak Bersubsidi

Diterbitkan Februari 12, 2026 · Dikemas kini Februari 12, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan untuk memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam pemantauan penjualan minyak masak bersubsidi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tujuan berkenaan, terutamanya melibatkan penggunaan MyKad untuk sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Pendekatan ini dapat memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa memperkenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat, sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi.

Beliau menambah langkah itu juga bagi memastikan ketirisan dapat dibendung serta subsidi dapat disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar.

Sementara itu, KPDN dalam jawapan bertulis bertarikh 11 Februari turut memaklumkan pihaknya sedang mengkaji penggunaan kad pengenalan generasi baharu yang bakal diperkenalkan dan dilengkapi kod QR sebagai alternatif kepada Mobile eCOSS untuk pembelian minyak masak peket bersubsidi.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan bagi subsidi petrol BUDI95, selain berfungsi sebagai mekanisme transaksi bagi  pembelian barangan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Keberkesanan ini turut disokong oleh pelaksanaan SARA 2025 yang merekodkan kadar penggunaan 99% melalui MyKad. Ini membuktikan pendekatan MyKad berfungsi baik dan mesra pengguna tanpa memerlukan aplikasi tambahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Berkaitan

  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Pasport, MyKad Berwajah Baharu Bakal Diperkenal Suku Kedua Tahun Ini - Ciri Keselamatan Dipertingkat
  • Kerajaan Dijangka Umum Hala Tuju Sistem PADU Menjelang Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY