Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ron95 RM1.99 seliter

RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September – Guna MyKad, e-Dompet TNG Atau Aplikasi Stesen Minyak

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa harga baharu petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter melalui inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95), berkuat kuasa 30 September 2025.

Harga subsidi berkenaan boleh dinikmati dengan menggunakan MyKad di kaunter stesen minyak dan terminal pam minyak, selain menggunakan mekanisme digital e-dompet TNG serta aplikasi syarikat minyak seperti Setel oleh Petronas dan CaltexGo.

Pada masa sama, beliau berkata penyasaran semula subsidi RON95 akan dilaksanakan lebih awal untuk kumpulan tertentu. Anggota polis dan tentera akan menikmatinya mulai 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bermula 28 September 2025.

subsidi RON95_1
subsidi RON95_2

Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter. Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon kelayakan tambahan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95 akan melibatkan pelbagai mekanisme pembayaran, bukan hanya bergantung pada penggunaan MyKad fizikal semata-mata.

Berkaitan

  • Cara Memohon Gantian MyKad Yang Hilang Atau Rosak Secara Dalam Talian
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Pastikan Cip MyKad Berfungsi Untuk Nikmati Subsidi RON95 - Saifuddin
  • Subsidi RON95 Akan Guna Pelbagai Mekanisme, Bukan MyKad Semata-Mata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY