Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PADU_image wisermy

Kerajaan Dijangka Umum Hala Tuju Sistem PADU Menjelang Mac

Diterbitkan Februari 6, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan dijangka mengumumkan penggunaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) secara lebih menyeluruh menjelang awal Mac depan, lapor The Edge.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Putrajaya kini sedang merangka hala tuju baharu bagi memastikan sistem ini bukan sahaja digunakan untuk pelaksanaan bantuan bersasar, sebaliknya berperanan sebagai asas penting dalam penggubalan dasar negara.

“Padu merupakan sistem yang sangat baik dengan potensi besar. Saya dan pasukan di Kementerian Ekonomi sedang meneliti keseluruhan spektrum untuk menentukan bagaimana kami boleh memaksimumkan penggunaannya sepenuhnya dan memanfaatkan repositori data yang sudah kami miliki,” katanya.

Beliau menambah, PADU berpotensi menyokong kerajaan dari belakang tabir, terutamanya dalam menambah baik perancangan dan pelaksanaan dasar.

Dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Januari 2024, PADU sebelum ini berada di bawah seliaan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Sistem ini pada asalnya dirangka sebagai rujukan utama bagi pelaksanaan subsidi bersasar bagi bahan api RON95.

Namun, pada September 2025, kerajaan telah memperkenalkan mekanisme Budi Madani RON95 (BUDI95), yang menetapkan harga petrol bersubsidi RM1.99 seliter bagi warganegara yang layak.

Berkaitan

  • Lebih 17 Juta Profil Rakyat Malaysia Telah Dikemas Kini Dalam Sistem PADU
  • MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR - Diperkenal Mulai Jun 2026
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Log Masuk Tunggal Aplikasi MyJPJ Dengan MyDigital ID Ditangguh Ke 1 Mac 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY