Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Malaysia_

Kerajaan Tawar Akses, Langganan AI Percuma Tiga Bulan Kepada Belia – PM Anwar

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan menawarkan akses dan langganan platform kecerdasan buatan (AI) secara percuma selama tiga bulan kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun yang melengkapkan modul kursus di bawah platform Rakyat Digital.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program AI Untuk Rakyat yang dilancarkan bagi meningkatkan kefahaman dan penggunaan AI, khususnya dalam kalangan belia.

“Kita mulakan kohort anak muda untuk kohort umur sekitar 18 hingga 30 tahun dan Kementerian Digital akan menyiapkan modul-modul kursus. Belia yang melengkapkan kursus AI berkaitan akan melanggan secara percuma untuk tempoh tiga bulan dengan aplikasi AI terkemuka,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Peluncuran AI Malaysia hari ini.

Anwar berkata antara modul yang ditawarkan di bawah program berkenaan termasuk Keselamatan AI, Cyber SAFE, Agentic AI, Generatif AI dan Cloud Untuk Rakyat.

Beliau turut menjelaskan akses dan langganan percuma platform AI itu hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus berkenaan. Program AI Untuk Rakyat akan dibuka secara percuma bermula 31 Ogos 2026, dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 belia.

Menurut Anwar, inisiatif itu penting bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir ketika negara terus menggiatkan usaha memanfaatkan teknologi AI.

“Maka sebab itu, penggunaan AI dan kempen penerangan AI untuk rakyat itu mesti ditingkatkan sebagai satu keutamaan,” katanya.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Kerajaan Sasar 98% Liputan 5G Menjelang 2030, Ini Pencapaian Terkini Mengikut Negeri
  • PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp
  • Kerajaan Kaji Penggunaan SARA Melalui Pembayaran Kod QR Di Pasar Tamu, Pasar Tani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY