Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
avatar PMX AI anwar ibrahim_ssbywisermy

PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp

Diterbitkan Julai 18, 2026 · Dikemas kini Julai 19, 2026 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan PMX AI, iaitu avatar kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan orang ramai berinteraksi dengannya secara lebih mudah menerusi WhatsApp.

Anwar berkata orang ramai boleh berkongsi pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui avatar AI itu. Beliau turut mengajak rakyat menyertai inisiatif berkenaan bagi mewujudkan perbincangan yang lebih ‘segar’ demi negara dan masyarakat.

Malaysia dibina oleh cita, kudrat dan kekuatan rakyatnya yang rencam kaum dan budaya.

Justeru, melalui inisiatif dan ikhtiar yang terbentang, saya mahu terus mendengar dan menggarap harapan anak muda, pengorbanan oleh sekalian ibu bapa, warga emas serta suara rakyat mendambakan… pic.twitter.com/ATRMczo88P

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 18, 2026

Dalam video pelancarannya, Anwar menyifatkan PMX AI sebagai “kembar digital” yang diinspirasikan oleh nilai dan visinya. Menurut beliau, avatar itu diwujudkan sebagai saluran baharu untuk rakyat berkongsi pandangan dan meneroka idea.

Avatar AI tersebut boleh dihubungi menerusi WhatsApp di nombor +603 7885 0523.

PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp

Sebagai rujukan, PMX AI dilatih menggunakan ucapan, penulisan, dan rekod dasar kerajaan sepanjang pemerintahannya. Sistem ini juga sentiasa dikemas kini dengan kenyataan terbaharu bagi memastikan respons kekal relevan dan konsisten.

Selain itu, ia menggunakan teknologi agentic AI serta menyokong komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, termasuk memahami dialek tempatan.

PMX AI Kini Rasmi, Rakyat Boleh Berinteraksi Dengan Avatar AI Anwar Ibrahim Di WhatsApp

Sementara itu, syarikat teknologi Zetrix memaklumkan PMX AI dibangunkan sebagai agentic AI Avatar yang direka untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia secara langsung.

Congratulations to the Prime Minister of Malaysia @anwaribrahim , on the launch of PMX AI — his agentic AI Avatar created to serve Malaysians directly.

This is a powerful example of how trusted AI can make citizen engagement more accessible, scalable and available around the… https://t.co/Mdj8sORB9D

— Zetrix (@zetrix_official) July 18, 2026

Menurut syarikat itu, sistem berkenaan menggunakan infrastruktur kelayakan boleh disahkan (verifiable credential) berasaskan teknologi blockchain Zetrix bagi membantu mewujudkan identiti digital yang dipercayai serta menyokong interaksi AI yang lebih diyakini.

Berkaitan

  • JAKIM Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus AI Patuh Syariah Pertama Dunia
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • PMX AI, Kembar Digital Anwar Ibrahim Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY