Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malaysia 5G

Kerajaan Sasar 98% Liputan 5G Menjelang 2030, Ini Pencapaian Terkini Mengikut Negeri

Diterbitkan Julai 7, 2026 ยท Dikemas kini Julai 7, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Komunikasi mendedahkan pencapaian terkini liputan rangkaian 5G di seluruh negara termasuk pecahan mengikut negeri, berdasarkan data sehingga 31 Mei 2026.

Seperti diketahui, Malaysia kini melaksanakan rangkaian 5G menerusi model dwi rangkaian yang melibatkan Digital Nasional Berhad (DNB) dan U Mobile. Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, setakat 31 Mei 2026, liputan 5G di kawasan berpenduduk bagi rangkaian yang dibangunkan oleh DNB mencapai 82.4% di peringkat nasional, manakala rangkaian U Mobile merekodkan 86.9%.

Selain itu, ia turut memperincikan pencapaian liputan 5G mengikut negeri bagi kedua-dua rangkaian berkenaan.

liputan 5G DNB U Mobile Mei 2026
Pecahan pencapaian liputan 5G di kawasan berpenduduk bagi rangkaian yang dibangunkan oleh DNB dan U Mobile, setakat 31 Mei 2026.

Dalam jawapan yang sama, kementerian menjelaskan bahawa walaupun liputan 5G terus diperluaskan, tumpuan kerajaan bukan sekadar mencapai sasaran liputan. Sebaliknya, tumpuan akan diberikan kepada peningkatan kualiti dan prestasi rangkaian melalui pembinaan tapak pemancar baharu di kawasan berkeperluan tinggi, peningkatan kapasiti rangkaian di kawasan bertrafik tinggi serta pengoptimuman penggunaan infrastruktur dan spektrum.

Kerajaan juga akan terus menggalakkan penggunaan 5G dalam pelbagai sektor strategik menerusi pembangunan kes penggunaan berimpak tinggi seperti pembuatan pintar, logistik, pertanian pintar, penjagaan kesihatan digital, pendidikan, bandar pintar serta teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), pengkomputeran awan dan analitik data.

Selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), kerajaan menyasarkan liputan 5G mencapai 98% di kawasan berpenduduk dan kawasan perindustrian termasuk kawasan desa menjelang tahun 2030.

Bagi menyokong usaha tersebut, kerajaan turut membangunkan Dasar Infrastruktur Digital Negara (DIDN) sebagai kerangka jangka panjang untuk memperkukuh pembangunan infrastruktur digital negara.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • DNB Sahkan U Mobile Rasmi Keluar Daripada Rangkaian 5G Miliknya
  • Kerajaan Sasar 100% Capaian Internet Di Kawasan Berpenduduk Menjelang Tahun Depan
  • Fahmi Mahu CEO Telco Turun Padang Lihat Sendiri Masalah Penduduk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY