Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Kaji Penggunaan SARA Melalui Pembayaran Kod QR Di Pasar Tamu, Pasar Tani

Kerajaan Kaji Penggunaan SARA Melalui Pembayaran Kod QR Di Pasar Tamu, Pasar Tani

Diterbitkan Julai 28, 2026 ยท Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti cadangan untuk membolehkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) digunakan menerusi pembayaran kod QR di Pasar Tamu dan Pasar Tani. Jika pelaksanaannya didapati sesuai, pengumuman mengenainya dijangka dibuat menerusi Belanjawan 2027.

Menurut jawapan bertulis Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Negara, ketika ini kredit SARA yang disalurkan melalui MyKad hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar sebagai Rakan Niaga SARA untuk membeli barangan dalam kategori yang ditetapkan.

“..sekiranya Rakan Niaga SARA berkenaan turut terlibat sebagai peniaga di Pasar Tamu/Pasar Tani, penerima SARA boleh menggunakan kredit SARA berkenaan bagi pembelian kategori barangan SARA sahaja. Namun, bagi keseluruhan penggunaan SARA melalui kaedah pembayaran kod QR di Pasar Tamu/Pasar Tani, ianya masih dalam peringkat kajian dan penelitian oleh Kerajaan. Sekiranya didapati mampan, ia akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 kelak,” kata kementerian itu.

Dalam pada itu, MOF memaklumkan kerajaan telah meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada lebih 6,000 premis dan jumlah itu dijangka terus bertambah dari semasa ke semasa. Secara keseluruhan, Rakan Niaga SARA kini melebihi 13,700 di seluruh negara setakat 15 Julai 2026, berbanding sekitar 700 pada 2024.

Sehingga kini, lebih 140,000 produk boleh dibeli menerusi SARA, merangkumi pelbagai keperluan asas termasuk makanan, barangan kebersihan diri, barangan kebersihan rumah dan ubat-ubatan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • MyDigital ID Tambah Pengesahan Biometrik Wajah Untuk Pendaftaran Di Kiosk
  • BNM Arah Penamatan Rangkaian Pembayaran QR Tertutup Menjelang 30 Jun 2028
  • Kerajaan Sasar 98% Liputan 5G Menjelang 2030, Ini Pencapaian Terkini Mengikut Negeri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY