Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB Elektrik

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai – PM

Diterbitkan Disember 27, 2024 ยท Dikemas kini Disember 28, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, dan meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berhubung perkara itu.

Kita tidak benarkan kenaikan elektrik yang menjejaskan orang ramai. Kenaikan seperti mana yang dulu itu hanya melibatkan golongan atasan yang saya sebut maha kaya, atau pun industri yang mencatat keuntungan. Rakyat terbanyak tidak terkesan dari kenaikan elektrik, walaupun saya faham kos meningkat… tidak boleh menjejaskan kedudukan majoriti rakyat. Ini dari segi dasar (kerajaan). Saya faham keperluan naik, tapi kenaikan tidak boleh melibatkan kedudukan kos kepada majoriti rakyat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Fadillah dan TNB akan memberikan penjelasan secara terperinci berhubung perkara itu.

Terdahulu, TNB menerusi makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen/kWj bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4, dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai depan, masih di peringkat cadangan.

Di bawah Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024, tarif asas ditetapkan pada 39.95 sen/kWj.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Aplikasi myTNB Akan Integrasi MyDigital ID Sebagai Pilihan Log Masuk
  • Selepas 10 Tahun, Jadual Tarif Elektrik Baharu Dicadang Dilaksana 1 Julai 2025
  • TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY