Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB elektrik

Selepas 10 Tahun, Jadual Tarif Elektrik Baharu Dicadang Dilaksana 1 Julai 2025

Diterbitkan Disember 27, 2024 oleh ariff bukhari

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencadangkan jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen/kWj bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) bermula 1 Julai 2025, berbanding 39.95 sen/kWj di bawah RP3 (2022-2024).

Sebarang perbezaan kos dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), dengan struktur tarif semasa kekal hingga 30 Jun 2025.

“Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025,” TNB.

TNB mengekalkan kadar pulangan kawal selia pada 7.3% seperti RP3 untuk menyokong pelaburan penting dalam industri, memastikan bekalan elektrik stabil.

Kos penjanaan, terutamanya gas dan arang batu, kekal sebagai komponen utama tarif.

Kos tambahan akibat harga bahan api lebih tinggi akan dilepaskan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT), tanpa menjejaskan operasi atau kewangan TNB.

Kerajaan meluluskan RP4 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari Januari 2025 hingga Disember 2027, dengan perbelanjaan modal sebanyak RM42.821 bilion dan perbelanjaan operasi RM20.782 bilion.

Pelaksanaan RP4 dijangka merangsang ekonomi negara, menyokong agenda peralihan tenaga, dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Telegram, WeChat Mula Proses Pelesenan Media Sosial - MCMC
  • Kajian: Bahan Kimia Kekal Ditemui Dalam Tali Jam Tangan Pintar Dan Penjejak Kecergasan

Sumber: Bernama Biz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY