Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tarif elektrik

TNB Sudah Mula Eksport Bekalan Tenaga Boleh Baharu Ke Singapura

Diterbitkan Disember 27, 2024 ยท Dikemas kini Disember 27, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin ada antara kita yang belum sedia maklum, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memulakan eksport sulung bekalan tenaga boleh baharu (TBB) ke Singapura pada 11:30 pagi, 13 Disember.

Bekalan elektrik merentasi sempadan dua negara ini dicapai dalam tempoh empat hari selepas TNB dan syarikat pengimport bekalan elektrik berlesen Singapura, Sembcorp Power Pte Ltd menandatangani Perjanjian Pembekalan Tenaga Boleh Baharu (RESA) pada 9 Disember 2024.

Di bawah perjanjian tersebut, Singapura bersetuju mengimport 50 megawatt (MW) tenaga hijau yang disertakan Sijil TBB (RECs).

Tenaga hijau berjumlah 50MW itu adalah hasil daripada proses bidaan yang dilaksanakan oleh Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.

Urusniaga ini merupakan sebahagian daripada Skim Jualan Elektrik Rentas Sempadan untuk Tenaga Boleh Baharu (CBES RE) yang sejajar dengan inisiatif Grid Kuasa ASEAN (APG) dan matlamat peralihan tenaga Malaysia.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, 50MW tenaga yang dieskport akan memperkuatkan lagi usaha Malaysia ke arah penyahkarbonan dengan menggalakkan pelaburan baru dalam TBB berskala besar oleh TNB dan pemain industri elektrik yang lain.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Singapura Akan Mula Import 50MW Bekalan Tenaga Baharu Dari Malaysia Bulan Ini
  • Inovasi Tayar Motosikal Kalis Pancit Oleh Pasukan USM Juara Minggu Ke-4 Innovathon Musim Ke-2

Sumber: TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY