Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liputan Rangkaian 4G/5G Di Pedalaman Sarawak Kini Tidak Bergantung Sepenuhnya Kepada Menara Tambahan

Liputan Rangkaian 4G/5G Di Pedalaman Sarawak Kini Tidak Bergantung Sepenuhnya Kepada Menara Tambahan

Diterbitkan Mei 15, 2026 · Dikemas kini Mei 15, 2026 oleh ariff bukhari

Penduduk di dalam kawasan pedalaman di Sarawak kini menikmati liputan rangkaian 4G/5G dengan lebih baik apabila EDOTCO Malaysia memperkenalkan model inovatif untuk ketersambungan luar bandar.

Kejayaan ini hasil pelaksanaan Akses Jalur Lebar Tanpa Wayar (BWA) melalui sambungan Mobile-to-WiFi dengan lancar yang membolehkan pengguna beralih secara automatik kepada sambungan Wi‐Fi.

Penyelesaian ini terbukti berjaya meluaskan liputan 4G/5G tanpa bergantung sepenuhnya kepada menara tambahan, sekali gus mengatasi kekangan geografi yang menjadi salah satu cabaran besar di Sabah dan Sarawak.

Liputan Rangkaian 4G/5G Di Pedalaman Sarawak Kini Tidak Bergantung Sepenuhnya Kepada Menara Tambahan

Projek perintis ini telah berjaya dilaksanakan di Uma Lesong, Sarawak di mana ia telah menyediakan akses jalur lebar secara konsisten kepada komuniti setempat.

Dibangunkan bersama Kejuruteraan Rasshin dan rakan teknologi VSD Communications serta Aminia, projek ini diuji menggunakan satelit orbit rendah dan gentian fiber, membuktikan fleksibiliti menghadapi pelbagai keadaan luar bandar.

Susulan kejayaan projek rintis tersebut, penduduk Uma Lesong kini menikmati Wi-Fi percuma sehingga 5GB sebulan, dengan tambahan berbayar pada kadar berpatutan.

Model ini bukan sekadar memperluas liputan, tetapi mentakrifkan semula cara keterhubungan dicapai melalui reka bentuk rangkaian pintar yang kos efektif.

EDOTCO menegaskan pendekatan ini boleh diskala ke peringkat nasional, sekali gus mempercepatkan agenda digital Malaysia.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Pusat Data Tidak Relevan, Bakal Diganti Green AI - Premier Sarawak
  • Sarawak Akan Eksport Elektrik Ke Singapura Dan Semenanjung Malaysia Menerusi Kabel Dasar Laut Sepanjang 720 Km

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY