Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Dijangka Akan Diperkenalkan Seawal Penghujung Tahun 2022

Internet Mudah Alih Malaysia Kini Ke-25 Terpantas Di Dunia

Diterbitkan Mei 25, 2026 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada kedudukan terkini carta kelajuan internet global oleh Ookla setakat April 2026, Malaysia kini berada di kedudukan ke-25 dalam senarai kelajuan median muat turun internet mudah alih, dengan catatan 154.13 Mbps.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 2 anak tangga berbanding sebelum ini, sekali gus pencapaian ini menempatkan Malaysia dalam kelompok negara yang menunjukkan peningkatan stabil dalam perkhidmatan internet mudah alih yang menyaksikan Malaysia bersaing rapat dengan negara maju seperti Finland, Sweden, dan Norway.

Internet Mudah Alih Malaysia Kini Ke-25 Terpantas Di Dunia
Kelajuan Median Malaysia bagi internet mudah alih yang dikemas kini April 2026. Data terkini ini menekankan peranan Malaysia sebagai salah satu pasaran yang semakin kukuh dalam ekosistem digital serantau.

Dalam senarai global kelajuan median muat turun jalur lebar tetap di Malaysia pula mencatatkan kelajuan 169.89 Mbps dengan muat naik selaju 66.10 Mbps dan latensi 8 ms, sekali gus meletakkan Malaysia di kedudukan ke-46, turun satu anak tangga berbanding sebelumnya.

Sementara negara jiran, Singapura berada di tangga pertama untuk kelajuan internet jalur tetap pada yang merekodkan kelajuan 430.31 Mbps.

Internet Mudah Alih Malaysia Kini Ke-25 Terpantas Di Dunia
Kelajuan Median Malaysia bagi internet jalur lebar tetap yang dikemas kini April 2026.

Secara keseluruhan, laporan Ookla menunjukkan bahawa Malaysia sedang memperkukuh kedudukan dalam rantaian global kelajuan internet, dengan pencapaian yang memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi digital, inovasi teknologi, dan kesediaan menghadapi era 5G serta automasi industri.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Teknologi Pembuatan Cip Baharu Huawei Akan Merisaukan AS
  • Jangan Tunggu Lama Untuk Beli Telefon Baru - CEO Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY