Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DNB Sahkan U Mobile Rasmi Keluar Daripada Rangkaian 5G Miliknya

DNB Sahkan U Mobile Rasmi Keluar Daripada Rangkaian 5G Miliknya

Diterbitkan Julai 1, 2026 ยท Dikemas kini Julai 1, 2026 oleh Amalina Athman

Digital Nasional Berhad (DNB) mengesahkan U Mobile secara rasmi telah menamatkan penggunaan rangkaian 5G miliknya berkuat kuasa 30 Jun 2026, selaras dengan peralihan Malaysia kepada rangkaian berasingan di bawah model Dwi-Rangkaian 5G.

Menurut DNB, pengunduran U Mobile mencerminkan perkembangan landskap 5G negara serta menyokong dasar nasional untuk mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan, kompetitif dan bersedia masa hadapan.

DNB turut menjelaskan peralihan tersebut tidak menjejaskan operasi rangkaian, komitmen liputan atau penyampaian perkhidmatannya. Syarikat itu berkata ia akan terus bekerjasama dengan pemegang saham serta rakan industri untuk menyediakan rangkaian 5G nasional seperti biasa.

DNB Perkukuh Kapasiti Dan Prestasi Rangkaian 5G

Dalam perkembangan sama, DNB memaklumkan ia kini memasuki fasa seterusnya pembangunan rangkaian dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan kapasiti rangkaian, peningkatan prestasi serta memastikan infrastruktur 5G negara memenuhi keperluan masa hadapan.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, DNB sedang mengaktifkan spektrum baharu yang diperuntukkan dalam jalur 3.3 GHz hingga 3.4 GHz (F-Zero). Apabila digabungkan dengan spektrum sedia ada dalam jalur 3.4 GHz hingga 3.5 GHz, jumlah pegangan spektrum jalur pertengahan berterusan (contiguous mid-band spectrum) DNB meningkat kepada 200 MHz, yang menurut syarikat itu merupakan yang terbesar di Malaysia.

DNB berkata penambahan spektrum tersebut menggandakan kapasiti rangkaian, sekali gus dapat meningkatkan kecekapan serta pengalaman pengguna, khususnya di kawasan yang mempunyai trafik rangkaian tinggi. Setakat ini, lebih 50 tapak rangkaian telah dinaik taraf, manakala lebih banyak tapak akan diaktifkan secara berperingkat.

Menurut DNB, kapasiti tambahan itu juga akan menyokong lebih banyak penggunaan dalam sektor perusahaan, termasuk pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI), automasi, IoT industri serta perkhidmatan kritikal.

Pada masa sama, syarikat itu memaklumkan penggunaan data mudah alih di Malaysia kini mencecah sekitar 40GB sebulan bagi setiap pengguna, berbanding kira-kira 19GB ketika tempoh pandemik COVID-19. Malaysia juga kini merekodkan lebih 30.3 juta langganan 5G, bersamaan kadar penggunaan melebihi 88%.

Berkaitan

  • CelcomDigi, Maxis Bayar RM327.87 Juta Ambil Alih Saham MoF Inc Dalam DNB
  • DNB Aktifkan Liputan 5G Dalam Bangunan Di Pavilion Kuala Lumpur
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY