Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol PLUS Jambatan Pulau Pinang

Kerajaan Sedang Perinci Pemberian Tol Percuma Musim Perayaan Lebih Bersasar – PM Anwar

Diterbitkan Januari 23, 2025 ยท Dikemas kini Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati. Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain. Perkara ini sedang diperincikan.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak.

Terdahulu, Nanta dilapor berkata tahun 2024 merupakan tahun terakhir bagi pemberian tol percuma musim perayaan, dan mesyuarat Kabinet pada tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar, yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Subsidi Bersasar RON 95 Mungkin Guna Mekanisme MyKad, e-Dompet
  • Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
  • Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Kerajaan Kaji Pendekatan Lebih Bersasar
  • Tol Percuma Tidak Selesaikan Masalah Kesesakan - Ahmad Zahid

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY