Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol Rahmah_

Tol Percuma Tidak Selesaikan Masalah Kesesakan – Ahmad Zahid

Diterbitkan Januari 22, 2025 · Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh Amalina Athman

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemberian tol percuma pada musim perayaan tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya bertol.

Beliau berkata yang penting ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

Jumlah gantian dalam bentuk pampasan oleh kerajaan kepada pemegang konsesi tol itu melebihi RM35 juta sehari. Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, tetapi konsesi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol.

Mengulas lanjut, beliau berkata keputusan menghentikan pemberian tol percuma itu merupakan keputusan Jemaah Menteri susulan saranan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Terdahulu, kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya berhasrat untuk memperkenalkan konsep sistem tol tanpa palang dalam usaha menambah baik sistem kutipan tol.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan pada Disember lepas memaklumkan pihak kementerian akan membawa Kertas Jemaah Menteri mengenai hala tuju pelaksanaan sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) ke Kabinet pada bulan ini.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet
  • Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
  • Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Kerajaan Kaji Pendekatan Lebih Bersasar

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY