Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini

Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini

Diterbitkan Januari 21, 2025 ยท Dikemas kini Januari 21, 2025 oleh Amalina Athman

Seksyen 2 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat SAE dibuka kepada umum bermula tengah malam ini, 22 Januari 2025.

Sempena pembukaan jajaran ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut mengumumkan tol percuma selama sebulan bagi pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya (kedua-dua arah) – bermula 22 Januari sehingga 11.59 malam, 21 Februari 2025.

Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini

Buat pengetahuan, pembukaan jajaran sepanjang 7.2 kilometer ini melengkapkan jajaran yang telah dibuka pada 31 Ogos 2024, iaitu dari Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE.

Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini
Tol Percuma Sebulan, Seksyen 2 Lebuhraya WCE Dibuka Mulai Tengah Malam Ini

Dengan pembukaan kedua-dua jajaran tersebut, ia dapat mempercepatkan perjalanan dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang dan sebaliknya, dengan sambungan terus ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Pembukaan jajaran ini juga merupakan sebahagian daripada Lebuhraya WCE sepanjang 314.5 kilometer yang akan menghubungkan Banting di Selangor hingga ke Taiping di Perak.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • 13 Syarikat Konsesi Tol Tidak Setuju Dengan Cadangan Tol Tanpa Palang, Ini Mungkin Sebabnya
  • Rundingan Tamat, Hala Tuju Pelaksanaan Sistem Tol Tanpa Palang Akan Dibawa Ke Kabinet

Sumber: Kementerian Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY