Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Kerajaan Bakal Wujudkan Platform Aduan, Cabar Tindakan Turunkan Kandungan Media Sosial

Diterbitkan Mac 4, 2025 ยท Dikemas kini Mac 4, 2025 oleh Amalina Athman

Platform yang membolehkan pemilik akaun memfailkan aduan bagi mencabar tindakan menurunkan sebarang kandungan di media sosial akan diwujudkan di bawah Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata menerusi platform itu, pengguna media sosial juga boleh mengemukakan alasan yang munasabah bagi mempertahankan setiap kandungan mereka daripada diturunkan.

Di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, kita akan wujudkan satu platform yang sesiapa sahaja kalau kandungan mereka diturunkan boleh memfailkan aduan dalam tribunal tersebut untuk mereka pertahankan mengapa hantaran itu tak sepatutnya diturunkan. Jadi bukan segalanya (di bawah) kuasa MCMC. Kita ada prosedur semak dan imbang untuk memastikan setiap keputusan MCMC juga boleh dicabar.

Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan mengenai kebimbangan proses pelesenan penyedia perkhidmatan Internet dan media sosial digunakan sebagai alat untuk kerajaan menurunkan kandungan kurang disenangi, terutama semasa musim pilihan raya.

Mengulas mengenai tindakan kepada penyedia perkhidmatan Internet dan media sosial yang belum memohon lesen sebagai penyedia perkhidmatan, Teo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan penelitian lebih mendalam bagi memastikan segala isu penguatkuasaan kerangka pelesenan itu dapat diselesaikan.

Teo berkata bagi tujuan itu, MCMC menjalankan tinjauan sendiri untuk memastikan jumlah sebenar pengguna di penyedia platform berkaitan bagi membolehkan ia dilesenkan.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Belum Pun Sebulan, Lebih 18 Ribu Kandungan Telah Diturunkan Dari Media Sosial
  • Kerajaan Tak Berhasrat Hadkan Umur Untuk Akses Media Sosial - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
©2026 WISER.MY