Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anwar Ibrahim_google_

Kerajaan Akan Perkenal Dasar Awan Negara Dengan Empat Teras Utama

Diterbitkan Oktober 1, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan akan memperkenalkan Dasar Awan Negara yang memberi penekanan terhadap empat teras utama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata teras berkenaan adalah inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam, daya saing dan pertumbuhan ekonomi, memacu pengembangan ekonomi dengan membolehkan perniagaan mengukuhkan kepercayaan pengguna, serta keselamatan data dan pemerkasaan rakyat melalui keterangkuman digital.

Beliau berkata teras pertama membabitkan usaha kerajaan meningkatkan aspek inovasi dan kecekapan perkhidmatan awam manakala pemanfaatan teknologi awan membolehkan kerajaan menyasarkan pemodenan operasi, memupuk penglibatan rakyat serta menyelaras penyampaian perkhidmatan awam.

Kedua, kita juga mahu menggalakkan daya saing dan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pengembangan ekonomi dengan membolehkan perniagaan, terutama perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat pemula niaga memanfaatkan teknologi awan untuk inovasi, kecekapan operasi dan akses ke pasaran global.

Menjelaskan selanjutnya, Anwar berkata aspek ketiga menyentuh komitmen kerajaan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna dan keselamatan data, termasuk mewujudkan rangka kerja dan protokol keselamatan yang teguh demi melindungi data sensitif serta infrastruktur kritikal dalam persekitaran awan awam dan swasta.

Sementara teras keempat akan memperkasa rakyat melalui keterangkuman digital, menggunakan teknologi awan untuk meningkatkan akses serta kecekapan perkhidmatan awam yang mengutamakan digital.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Kerajaan Lancar Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika AI
  • Kerajaan Akan Tubuhkan Akademi Keselamatan Siber
  • Kerajaan Sasar Jadikan Malaysia Sebagai Hab Penjanaan AI

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY