Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akademi Keselamatan Siber_Ahmad Zahid

Kerajaan Akan Tubuhkan Akademi Keselamatan Siber

Diterbitkan September 24, 2024 · Dikemas kini Mei 20, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan bakal menubuhkan Akademi Keselamatan Siber bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata akademi itu akan diletak di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia (CSM) bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir keselamatan siber dalam kalangan syarikat semikonduktor dan berasaskan elektronik.

Penubuhan ini penting kerana banyak universiti menawarkan khusus sama dari segi akreditasi tetapi akademi ini adalah sebuah badan yang menyelaraskan bentuk-bentuk kursus yang diadakan.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber di Malaysia perlu dipertingkat terutama dalam situasi negara berhadapan dengan ledakan teknologi digital sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi.

Justeru itu, beliau berkata penubuhan akademi berkenaan adalah untuk membangunkan kepakaran tenaga kerja tempatan dalam bidang keselamatan siber melalui program peningkatan kapasiti dan kompetensi yang berstruktur secara berterusan.

Berkaitan

  • Cybersecurity Malaysia Iktiraf Sumbangan BlackBerry Pada Keselamatan Digital Negara
  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Dibentang Oktober Ini
  • Akta Keselamatan Siber 2024 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY