Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
garis panduan AIGE

Kerajaan Lancar Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika AI

Diterbitkan September 20, 2024 ยท Dikemas kini September 20, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan hari ini melancarkan Garis Panduan dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (Artificial Intelligence Governance And Ethics – AIGE), bertujuan mewujudkan ekosistem penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang selamat, beretika dan berorientasikan kemaslahatan umum.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata garis panduan tersebut bukan sahaja menyediakan kerangka kerja bagi pengguna, penggubal polisi dan penyedia teknologi AI tetapi juga untuk memastikan setiap langkah yang diambil adalah selaras dengan prinsip-prinsip etika yang tinggi.

Ini termasuklah kepada aspek keselamatan, privasi, kebebasan dan hak asasi manusia yang kesemuanya perlu diutamakan dalam penggunaan teknologi ini.

Tambahnya lagi, pembangunan garis panduan itu juga adalah selari dengan Rukun Negara yang menekankan aspek perpaduan melalui lima prinsip terasnya, serta memberi penekanan terhadap kepentingan untuk melindungi privasi dan data peribadi pengguna.

Garis panduan AIGE ini bersifat sebagai dokumen hidup yang akan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan teknologi semasa.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa perancangan rapi perlu dilakukan untuk memastikan tenaga kerja di negara ini akan dilengkapi dengan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran perkembangan teknologi AI.

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Perkenal Dua Program Baharu Berkaitan Teknologi Digital
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Pejabat AI Kebangsaan Akan Mula Operasi November Ini - Gobind
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Fadillah Yusof (Facebook)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY