Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google malaysia

Kerajaan Sasar Jadikan Malaysia Sebagai Hab Penjanaan AI

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 2, 2024 oleh ariff bukhari

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai USD2 bilion di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

Pusat data yang kini dalam pembinaan di Elmina Business Park, Selangor itu akan menangani peningkatan permintaan terhadap keupayaan Google Cloud, inovasi kecerdasan buatan (AI) serta perkhidmatan digital lain yang digunakan setiap hari oleh individu serta organisasi di Malaysia.

Pelaburan Google ini dijangka akan dapat menjana impak ekonomi bernilai lebih US$3.2 bilion selain mewujudkan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang 2030.

Kerajaan kini menyasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penjanaan AI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di majlis itu berkata, Malaysia sasar siapkan Pelan Tindakan Teknologi AI dalam masa 12 bulan akan datang.

Kerajaan akan tubuhkan pejabat AI kebangsaan untuk selaras inisiatif dalam landskap AI global yang kompetitif. Malaysia mahu manfaatkan rakan penting, wujudkan negara dipacu AI di Asia.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Bernama 1, 2, Kementerian Digital

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY