Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
buku rekod rawatan jemaah haji_

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Kini Dalam Bentuk Digital

Diterbitkan Disember 18, 2024 · Dikemas kini Disember 18, 2024 oleh Amalina Athman

Bakal jemaah haji musim 1446H/2025M tidak lagi perlu hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat untuk mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata BRRJH kini disediakan dalam bentuk digital bagi memudahkan urusan pemeriksaan kesihatan, menjimatkan masa dan tenaga bakal haji, selain memastikan rekod kesihatan mudah diakses semasa di Tanah Suci.

Bakal haji boleh membuat semakan menerusi aplikasi THiJARI dan memuat turun surat tawaran tunai haji melalui laman web THiJARI, www.thijari.com.my.

Seterusnya, mereka boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang mempunyai Pegawai Perubatan yang berdaftar dengan TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikehendaki untuk membawa bersama kad pengenalan dan Surat Tawaran Tunai Haji (softcopy/hardcopy).

Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, bakal haji akan menerima notifikasi mengenai status kesihatan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), email dan di aplikasi THiJARI. Kemudian, bakal haji boleh melengkapkan proses terima tawaran haji melalui laman web THiJARI.

tabung haji rekod rawatan 2025_
tabung haji rekod rawatan 2025_2

Proses pengisian maklumat oleh bakal haji dan Pegawai Perubatan juga semuanya dilakukan dalam sistem yang diintegrasikan bersama sistem dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan butiran penuh tahap kesihatan bakal jemaah serta status vaksinasi.

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Kini Dalam Bentuk Digital

Dengan pengintegrasian secara digital, bakal haji tidak perlu lagi untuk membawa BRRJH secara fizikal ke Tanah Suci kerana semua maklumat dan status kesihatan terkumpul di dalam satu sistem, sekali gus dapat mengurangkan risiko kehilangan buku rekod tersebut.

Berkaitan

  • Bakal Haji Perlu Muat Turun Aplikasi Saudi Visa Bio - TH
  • Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian
  • Pertama Di Dunia, Arab Saudi Lancar Teksi Terbang Untuk Jemaah Haji
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY