Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
robotik_taylor university

Robotik & AI Kini Jadi Laluan Kepakaran Dalam Program Mekatronik Di Malaysia

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Beberapa universiti di Malaysia mula menawarkan laluan kepakaran dalam robotik dan kecerdasan buatan (AI) dalam program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik. Ia selari dengan keperluan Industri 4.0 yang menuntut kemahiran dalam automasi dan sistem pintar.

Antara yang terawal memperkenalkan struktur ini ialah Taylor’s University, yang menampilkan laluan khusus dalam Sistem Robotik dan AI.

Robotik & AI Kini Jadi Laluan Kepakaran Dalam Program Mekatronik Di Malaysia

Pelajar bukan sahaja menguasai asas mekanikal dan elektronik, tetapi turut didedahkan kepada teknologi semasa melalui kerjasama dengan syarikat seperti DJI Academy Malaysia dan Unitree Robotics.

Berbeza dengan program mekatronik sedia ada di universiti seperti UTM, UniMAP, atau UTAR yang menyentuh elemen robotik dan automasi, pendekatan baharu ini memberi pengkhususan formal dalam dua bidang serentak, iaitu AI dan robotik dalam satu program ijazah.

Perubahan ini memberi kelebihan kompetitif kepada pelajar, mempersiapkan mereka untuk pasaran kerja berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor seperti pembuatan, automotif, aeroangkasa dan penjagaan kesihatan.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Susah Cari 'Programmer'? Syarikat Ini Guna AI Untuk Selesaikan Masalah Itu
  • Kerajaan Setuju Tubuhkan Majlis Penasihat Aset Digital Dan AI - Anwar
  • Ini Cara Nissan Guna Teknologi EV Untuk Lindungi Haiwan Liar Di Jalan Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY