Pembeli kenderaan hibrid pastinya menjangkakan penjimatan jangka panjang melalui kecekapan penggunaan bahan api yang lebih baik.
Di Australia, jualan kenderaan hibrid meningkat sebanyak 165% dari suku pertama 2023 ke suku terakhir 2024, dan kini kenderaan it merangkumi hampir 1/6 daripada jualan kenderaan ringan baharu di negara tersebut.
Pada suku terakhir 2024, kenderaan hibrid konvensional menyumbang 14.83% daripada jualan kereta baharu di Australia, berbanding 6.26% pada awal 2023.
Walau bagaimanapun, Program Ujian Dunia Sebenar (RWT) oleh Australian Automobile Association (AAA), yang dilakukan di jalan raya Australia dalam keadaan pemanduan sebenar mendapati, tahap penjimatan bahan api berbeza-beza antara model hibrid.
Ia berdasarkan hasil ujian badan itu yang telah menguji varian hibrid dan enjin pembakaran dalaman (ICE) bagi 8 model kenderaan popular.

Hasil utama ujian itu mededahkan:
- 4 model hibrid Toyota (RAV4, Corolla, Camry, Kluger) menunjukkan penjimatan bahan api tertinggi. Sebagai contoh, Camry hibrid menjimatkan 50.2% bahan api dalam pemanduan bandar berbanding varian petrolnya.
- Honda CR-V dan Suzuki Swift hibrid masing-masing menunjukkan penjimatan 24% dan 18%.
- GWM Jolion hibrid hanya mencatat penjimatan 17%, jauh lebih rendah berbanding 38% dalam ujian makmal pengeluara, walaupun harganya lebih mahal sebanyak AUD7,000 (~RM19,700).
- Subaru Forester hibrid menggunakan 2.8% lebih banyak bahan api berbanding varian ICE, walaupun harganya $3,000 (~RM8,400) lebih mahal. Namun, Subaru kini telah menghentikan model mild hybrid dan sedang memperkenalkan model hibrid sepenuhnya baharu.
Jadual 1 di atas menunjukkan pengurangan penggunaan bahan api (l/100 km) daripada varian penjana kuasa ICE kepada varian HEV bagi setiap model seperti yang diukur dalam ujian Program RWT (Real-World Testing).
Simbol Δ% merujuk peratusan penurunan penggunaan bahan api daripada ICE kepada HEV.
Jadual 2 di bawah pula menunjukkan pengurangan penggunaan bahan api (l/100 km) daripada varian penjana kuasa ICE kepada varian HEV bagi setiap model daripada data GVG (ujian makmal mandatori).
Menurut Pengarah Urusan AAA, Michael Bradley, ujian ini membuktikan keputusan ujian makmal oleh pengeluar kenderaan tidak selalu mencerminkan prestasi sebenar di jalan raya.
Pembeli yang peka terhadap kos dinasihatkan untuk membuat kajian sebelum membeli kenderaan hibrid dengan mengenali jenis kenderaan hibrid:
- Hibrid penuh (conventional hybrid): Enjin petrol + motor elektrik (dicas melalui tenaga brek, tidak perlu dicas di stesen).
- Mild hybrid: Motor elektrik kecil membantu enjin petrol dalam masa singkat, tidak boleh bergerak dengan kuasa elektrik sepenuhnya.
- Plug-in hybrid: Motor elektrik utama dengan bateri boleh dicas, enjin petrol sebagai sokongan bila bateri habis.
Dalam laporan AAA menyimpulkan, penjimatan bahan api bagi kenderaan hibrid sangat bergantung kepada model, dan pengguna perlu mempertimbangkan prestasi sebenar sebelum membelinya.
{suggest}
Keputusan daripada 84 kenderaan yang diuji setakat ini boleh didapati di realworld.org.au