Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pas perantauan haji

CelcomDigi Kini Tawarkan Pas Perantauan Haji Sehingga 50 Hari, Berharga RM138

Diterbitkan April 18, 2025 · Dikemas kini April 18, 2025 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini melancarkan Pas Perantauan Haji yang ditambah baik, membolehkan rakyat Malaysia kekal berhubung sepanjang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi bagi musim 1446H/2025M.

Berbanding dengan 45 hari pada tahun lalu, CelcomDigi kini menawarkan pas perantauan haji selama 50 hari kepada semua pengguna prabayar dan pascabayar. Tawaran ini memberikan kemudahan kepada jemaah yang perlu berada di sana hingga 49 hari tanpa perlu memperbaharui pas perantauan baharu, memastikan pengguna kekal berhubung dengan lancar.

Pada harga RM138, pas ini merangkumi 50 hari internet tanpa had dengan 150GB data berkelajuan tinggi, serta panggilan masuk percuma dari seluruh dunia.

pas perantauan haji_1

 

Sekiranya kuota data berkelajuan tinggi habis digunakan, pengguna masih boleh menikmati internet tanpa had dengan kelajuan dikurangkan – 1Mbps untuk 500GB (pascabayar) dan 512kbps untuk 500GB (prabayar).

Pas Perantauan Haji ini disokong oleh rakan kongsi perayauan CelcomDigi di Arab Saudi, termasuk Mobily, STC dan Zain.

Pas ini boleh dibeli melalui aplikasi Celcom Life atau MyDigi mulai hari ini hingga 30 Jun 2025.

CelcomDigi Kini Tawarkan Pas Perantauan Haji Sehingga 50 Hari, Berharga RM138
pas perantauan haji_2
pas perantauan haji_3

Bagi pengguna bukan CelcomDigi, anda juga boleh menikmati tawaran serupa melalui Pek Permulaan Prabayar Haji, yang tersedia di Kursus Perdana Haji oleh Tabung Haji, kedai CelcomDigi dan pengedar sah di seluruh negara.

Untuk butiran lanjut, layari laman web CelcomDigi.

Berkaitan

  • Pertama Di Dunia, Arab Saudi Lancar Teksi Terbang Untuk Jemaah Haji
  • Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Kini Dalam Bentuk Digital
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY