Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 27.2_image

iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki

Diterbitkan Oktober 27, 2026 · Dikemas kini Oktober 27, 2026 oleh Amalina Athman

Apple kini mengeluarkan iOS 27.2 untuk pengguna iPhone (24B119) dan iPhone Duo (24B91020) dengan beberapa penambahbaikan pada Siri AI, Messages, Apple Music dan aplikasi lain. Kemas kini ini turut merangkumi pembetulan pepijat serta membaiki lebih 160 kerentanan keselamatan.

Menurut Apple, kemas kini ini menambah baik Siri AI dengan keupayaan untuk mengekalkan konteks berguna daripada interaksi terdahulu dan menggunakan maklumat peribadi yang lebih luas untuk memberikan respons lebih relevan.

Ia turut memperkenalkan ciri Suggestions dalam aplikasi Messages yang mencadangkan tindakan pantas berdasarkan konteks perbualan, seperti menambah acara ke Calendar atau menetapkan peringatan dalam Reminders. Apple turut memperkenalkan ikon baharu untuk Apple Music.

Ciri Dual Capture turut boleh digunakan dalam panggilan FaceTime berkumpulan pada model iPhone 17 dan terbaru. Kemas kini ini juga menambah sokongan Apple Pencil untuk iPhone Duo.

Dari segi keselamatan, kemas kini ini membaiki lebih 160 kerentanan, termasuk kelemahan Apple Intelligence yang berpotensi mendedahkan data sensitif dan pepijat Hide My Email yang boleh membocorkan alamat e-mel sebenar pengguna. Lebih 30 isu WebKit dan kira-kira 15 kelemahan Kernel turut dibaiki.

security release iOS 27.2_01

Setakat ini, Apple tidak melaporkan sebarang eksploitasi aktif terhadap kelemahan tersebut. Walau bagaimanapun, pengguna disaran mengemas kini iPhone kepada iOS 27.2 bagi memastikan peranti dilengkapi dengan pembaikan keselamatan terkini.

Untuk mengemas kini, buka Settings > General > Software Update > Update Now.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 27
  • iOS 27 Kini Tersedia - Siri AI, Peningkatan Sistem, Ciri Baharu Untuk Keselamatan Kanak-Kanak
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
©2026 WISER.MY