Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Clicks

SecureTAC Di CIMB Clicks Web, Laman Peniaga Hanya Sokong Biometrik Atau Kod Laluan Mulai 19 September

Diterbitkan September 3, 2026 ยท Dikemas kini September 3, 2026 oleh Amalina Athman

CIMB kini memaklumkan bahawa kelulusan SecureTAC untuk transaksi melalui CIMB Clicks Web dan laman web peniaga perlu dibuat menggunakan biometrik atau kod laluan melalui aplikasi CIMB OCTO, berkuat kuasa 19 September 2026.

Pengguna boleh menggunakan Face ID, cap jari atau kod laluan peranti untuk mengesahkan transaksi. Kaedah pengesahan menggunakan kata laluan tidak lagi disokong untuk kelulusan SecureTAC.

Sebelum ini, CIMB telah memperkenalkan keperluan SecureTAC untuk transaksi terpilih melalui CIMB Clicks Web dan laman web peniaga pada Januari lalu. Pada ketika itu, pengguna masih boleh menggunakan kata laluan selain biometrik atau kod laluan untuk membuat kelulusan.

Mulai 19 September nanti, kelulusan SecureTAC untuk transaksi tersebut hanya boleh dibuat menggunakan biometrik atau kod laluan sahaja.

CIMBClicks Web
Kredit: CIMB

Apabila pengguna membuat transaksi melalui CIMB Clicks Web atau laman web peniaga, notifikasi SecureTAC akan dihantar ke peranti utama yang mempunyai aplikasi CIMB OCTO. Pengguna kemudian perlu membuka notifikasi itu dan menyemak butiran transaksi sebelum memilih “Approve” atau “Reject”.

Sekiranya memilih “Approve”, pengguna perlu mengesahkan identiti menggunakan Face ID, cap jari atau kod laluan peranti sebelum transaksi diluluskan.

Namun, jika biometrik atau kod laluan belum ditetapkan pada aplikasi CIMB OCTO, kelulusan SecureTAC tidak akan berjaya. Pengguna akan menerima mesej yang meminta kaedah pengesahan tersebut ditetapkan terlebih dahulu.

Selepas ditetapkan, transaksi boleh dicuba semula. CIMB menyatakan kegagalan SecureTAC tidak akan menyebabkan Clicks ID digantung, manakala tiada wang akan ditolak apabila kelulusan gagal.

Bagi mengelakkan sebarang masalah ketika meluluskan transaksi melalui CIMB Clicks Web atau laman web peniaga, pengguna disarankan memastikan biometrik atau kod laluan peranti sudah ditetapkan pada aplikasi CIMB OCTO sebelum 19 September 2026. Untuk maklumat lanjut, layari halaman FAQ CIMB.

Berkaitan

  • Transaksi Terpilih Di Web CIMB Clicks Kini Perlu Kelulusan SecureTAC Biometrik
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Apple Pay Kini Tersedia Untuk Kad Kredit CIMB, Ini Cara Aktifkannya
  • CIMB Ingatkan Pengguna iPhone Mengenai Notifikasi Amaran Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY