Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16 USB-C 1

Kelajuan USB-C iPhone 16 Masih Perlahan Seperti USB 2.0 24 Tahun Dulu

Diterbitkan September 10, 2024 · Dikemas kini September 10, 2024 oleh ariff bukhari

Apple hari ini telah pun mengumumkan model iPhone terkini mereka, iPhone 16 dan iPhone 16 Plus.

Apple dengan bangga menguar-uarkan perkakasan yang dinaik taraf pada iPhone 16 berbanding model terdahulu seperti penggunaan cip A18 yang didakwa 30% lebih pantas dari A16 Bionic yang memacu iPhone 15.

CPU A18

Tetapi sedarkah anda, Apple tidak pula ceritakan kelajuan yang dimiliki USB-C iPhone 16 yang perlahan, USB 2.0, iaitu terhad pada kelajuan 480Mbps sahaja.

iPhone 16 USB-C

USB 2.0 ialah evolusi dari spesifikasi USB 1.1, memberikan antara muka prestasi kepada penyambung USB 1.1  berkelajuan penuh bagi menyokong kelajuan USB 2.0 yang lebih tinggi tanpa sebarang perubahan.

Spesifikasi USB 2.0 asal telah dikeluarkan pada 27 April 2000 dahulu di mana ia mempunyai kelajuan maksimum pindahan data selaju 480Mbps.

Tetapi anehnya, selepas 24 tahun, Apple masih menghadkan kelajuan itu untuk iPhone 16 mereka yang jauh lebih moden.

Jadi, jika anda mahukan USB-C yang sebenar dengan kelajuan maksimum sehingga 10Gbps, anda terpaksalah memilih iPhone 16 Pro atau Pro Max.

iPhone 16 Pro USB-C

Untuk mendapatkan manfaat sambungan pantas dari USB-C iPhone 16 Pro/ Pro Max pula, anda perlukan kabel USB 3 yang menyokong kelajuan 10 Gbps.

Kabel tersebut ada dijual Apple di stor mereka yang berharga dari RM399.

Thunderbolt 4 (USB‑C) Pro Cable (1m)
iPhone 16 Pro USB-C 2
iPhone 16 Pro USB-C 1

Sumber: USB.org, usb2tech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY