Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399

Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399

Diterbitkan Oktober 23, 2023 · Dikemas kini Oktober 26, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Apple telah pun melancarkan siri iPhone 15 Pro dengan sambungan USB-C yang menyokong kelajuan pemindahan data sehingga 10Gbps.

Untuk itu, Apple juga ada menjual kabel USB-C rasmi daripada mereka iaitu kabel Thunderbolt 4 (USB-C) Pro sepanjang 1 meter yang berharga RM399.

 

USB-C Pro apple
Kabel Thunderbolt 4 (USB-C) Pro juga ada ditawarkan dalam pilihan panjang 1.8 meter (RM649) dan 3 meter (RM799).

Kabel Thunderbolt 4 (USB-C) Pro dari Apple ini adalah kabel berprestasi tinggi yang mampu menyampaikan kuasa pengecasan sehingga 100W dan menyokong sambungan Thunderbolt 3, Thunderbolt 4 dan USB 4 untuk pindahan data sehingga selaju 40Gb/s.

Tetapi ramai yang mentertawakan Apple kerana harga kabel tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal.

Tetapi mungkin imbasan CT yang dilakukan oleh Lumafield ke atas kabel itu memberikan jawapan kenapa harga kabel Apple itu begitu mahal.

Lumafield mendedahkan, kepala penyambung kabel Thunderbolt 4 (USB-C) Pro itu sepenuhnya diperbuat daripada keluli tahan karat, walaupun permukaannya ditutup dengan lapisan plastik.

Peralihan dari penyambung ke kabel diperkukuh lagi dengan keluli pada lapan sisi untuk mengelakkan kerosakan pada titik yang biasanya lemah. Di dalam kabel itu pula terdapat 20 wayar berbeza, sepuluh daripadanya disalut secara individu.

Thunderbolt 4 (USB-C) Pro

“Penyambung Thunderbolt memaksimumkan pada hampir setiap titik; ia mempunyai 24 pin, semuanya dipasang secara berasingan pada PCBA 10 lapisan.” Lumafield.

Thunderbolt 4 (USB-C) Pro 1
Vias buta dan tertimbus di dalam kabel Thunderbolt PCB 9 lapisan.

Hasil imbasan CT itu juga mendedahkan, ciri tersembunyi dalam papan litar kabel itu, iaitu goyangan (lihat dalam rajah yang ditandakan) pada salah satu jejak. Ia mengandungi lencongan kecil untuk memastikan panjangnya sama dengan jejak berpasangan, yang amat penting apabila berurusan dengan penghantaran data berkelajuan tinggi.

Thunderbolt 4 (USB-C) Pro 2

Kabel Thunderbolt itu juga mengandungi tiga jenis wayar berbeza yang sepadan dengan keupayaan pengecasan dan pemindahan data yang berasingan.

Konduktor terlindung sepaksi dalam kabel adalah talian data berkelajuan tinggi.

Kebanyakan wayar yang tidak dilindungi adalah bagi menghantar kuasa, tetapi dua daripadanya ialah wayar data yang menyokong fungsi legasi USB 2.0. Wayar dan perisainya dipasangkan secara berasingan pada PCBA.

Thunderbolt 4 (USB-C) Pro 3
Rajah menunjukkan wayar terlindung dan tidak terlindung di dalam kabel Apple Thunderbolt 4 (USB-C) Pro.

Lumafield menyimpulkan, kabel Apple Thunderbolt 4 (USB-C) Pro sebagai satu kejituan kejuruteraan yang menakjubkan.

What’s inside Apple’s $129 Thunderbolt cable? We CT scanned one to find out, and compared it to some cheaper cables… 🧵 pic.twitter.com/dkhrhK3pXB

— Jon Bruner (@JonBruner) October 18, 2023

Sebagai perbandingan, rajah di bawah menunjukkan perbandingan imbasan CT antara kabel Apple Thunderbolt 4 (USB-C) Pro dengan kabel USB-C dari pihak ketiga yang lain (Amazon Basics USB-C, NiceTQ USB-C dan ATYFUER USB-C).

Thunderbolt 4 (USB-C) Pro 5

 

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Amaran Kepada Pengguna Telegram, Hati-Hati Dengan 4 Laman Palsu Ini

Sumber: Lumafield

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY