Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu

Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu

Diterbitkan Februari 14, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh ariff bukhari

Toyota Motor Corp berkata pada Selasa, presiden dan pengerusi unit kereta kecil Daihatsu Motor akan meletak jawatan berikutan pendedahan salah laku yang berkaitan dengan skandal ujian keselamatan perlanggaran.

Toyota dalam kenyataannya juga memohon maaf kepada para pelanggan dan komuniti keseluruhannya.

“Kami ingin sekali lagi  memohon maaf yang mendalam kepada pelanggan, pembekal, peniaga, komuniti di mana kilang kami berada, dan banyak pihak berkepentingan kami yang lain atas kesulitan dan kebimbangan yang disebabkan oleh isu penyelewengan pensijilan baru-baru ini.” Toyota.

Toyota juga memaklumkan Daihatsu akan distruktur semula serta pelan pengurusan baharu.

Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu

Tambahan lagi, Toyota dalam kenyataannya juga mengatakan mereka akan melaksanakan langkah-langkah untuk mencegah perkara tersebut daripada berulang dan berusaha ke arah pemulihan Daihatsu serta terus menyokong stuktur baharu Daihatsu.

Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Amerika Latin dan Caribbean, Masahiro Inoue akan menggantikan Soichiro Okudaira sebagai presiden Daihatsu berkuat kuasa 1 Mac 2024.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Daihatsu telah mengakui mereka melakukan pengubahsuaian terhadap bahagian dalam panel pintu hadapan kenderaan semasa ujian tapi ia tidak dilakukan pada unit kenderaan yang dijual kepada pengguna.

Bermakna, ciri keselamatan pada unit kereta yang diuji Daihatsu tidak ada pada unit yang dijual mereka.

Berkaitan

  • MIROS Akan Nilai Keselamatan PERODUA Axia 2023
  • Anda Tidak Salah, Kualiti Pemacu Storan USB Memang Semakin Teruk
  • Meta Sahkan Bunyi 'Kicauan' Di Facebook Merupakan Isu Teknikal

Sumber: Toyota

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY