Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
matahari cuaca panas metmalaysia-min

Negara Catat Suhu Hampir 37°C, Cuaca Panas Dan Kering Dari Biasa Hingga Akhir Mac

Diterbitkan Februari 14, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Metereologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, negara kini sedang berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Dalam tempoh ini, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

MET Malaysia menjelaskan, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei.

Dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35°C pada awal petang. Setakat ini, suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MET Malaysia adalah 36.9°C, iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu.

Berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dijangkakan suhu maksimum harian di negara kita boleh menjadi lebih tinggi dikebanyakan tempat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan mengambil langkah penjimatan penggunaan air.

Berkaitan

  • Switch Tawar Diskaun Tukar Bateri Siri iPhone 12, iPhone 13
  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Meta Sahkan Bunyi 'Kicauan' Di Facebook Merupakan Isu Teknikal

Sumber: MET Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY