Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15_speedtest

iPhone 15 Mempunyai Kelajuan 5G Sehingga 54% Lebih Pantas Daripada iPhone 14

Diterbitkan November 16, 2023 oleh Amalina Athman

Siri iPhone 15 dilengkapi dengan cip modem Qualcomm X70 yang menjanjikan kelajuan 5G lebih pantas daripada X65 dalam model iPhone 14.

Dalam ujian yang dijalankan oleh Ookla, ia mengesahkan kelajuan muat turun 5G bagi siri iPhone 15 telah meningkat dengan ketara.

Berkaitan

  • Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
  • Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Menggunakan data yang dikumpul daripada Speedtest, Ookla telah menyenaraikan bahawa model iPhone 15 menyokong kelajuan muat turun sehingga 54% lebih pantas daripada model iPhone 14.

iPhone 15 Mempunyai Kelajuan 5G Sehingga 54% Lebih Pantas Daripada iPhone 14

Berbanding dengan model ‌iPhone 14‌ Plus, ‌iPhone 15‌ Plus menyaksikan kelajuan muat turun 54% lebih pantas. Sementara iPhone 15, 15 Pro dan 15 Pro Max masing-masing mempunyai kelajuan muat turun 45%, 25% dan 27% lebih baik daripada model iPhone 14, 14 Pro dan 14 Pro Max.

Secara keseluruhan, iPhone 15 Pro Max mendahului senarai peranti dengan kelajuan muat turun terpantas.

Perlu diketahui, data Ookla meliputi median kelajuan muat turun di Amerika Syarikat dan ketersambungan mungkin berbeza bergantung pada lokasi, menara selular terdekat, carrier dan sebagainya. Data yang dikongsi untuk iPhone telah dikumpul dari 22 September hingga 30 Oktober.

Selain di Amerika Syarikat, kelajuan muat turun 5G turut meningkat di beberapa negara, termasuk Australia, Brazil, Korea Selatan, UK, UAE, Kanada dan sebagainya.

Sumber: MacRumors

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY