Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max

Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max

Diterbitkan September 13, 2023 · Dikemas kini September 14, 2023 oleh ariff bukhari

Apple dengan bangganya hari ini telah pun melancarkan model terbaru telefon pintar paling berkuasa mereka iaitu iPhone 15 Pro Max.

Seperti biasa setiap tahun pastinya akan sentiasa ada pembaharuan spesifikasi pada iPhone terbaru Apple.

Jadi untuk model iPhone 15 Pro Max, apa yang berbeza dengan model terdahulunya, iPhone 14 Pro Max?

USB-C 3

Sudah tentulah yang paling ketara adalah naik taraf daripada sambungan kabel Ligthning kepada USB-C 3.

Apple menyatakan sambungan USB-C 3 iPhone 15 pro Max mereka adalah 20 kali lebih pantas dari USB-C 2 yang digunakan pada model iPhone 15 (mampu cecah kelajuan sehingga 10 Gbps).

Selain Tambahan RAM, Ini 9 Perbezaan iPhone 15 Pro Max Dengan iPhone 14 Pro Max
Menggunakan kabel USB-C 3 dengan iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max mendayakan kelajuan pemindahan yang sangat pantas.

Titanium gred 5

Menggantikan keluli tahan karat yang digunakan pada iPhone 14 Pro Max, Apple menjadikan iPhone mereka lebih premium lagi dengan penggunaan material yang lebih kukuh dan ringan iaitu titanium gred 5 untuk iPhone 15 Pro Max.

Malah titanium gred 5 iPhone ini dikatakan memiliki kekuatan tensil yang lebih tinggi daripada titanium tulen.

Screenshot 2023-09-13 at 3.54.27 AM
Titanium pada iPhone 15 Pro Max adalah material yang sama digunakan pada kenderaan penjelajah Marikh.

Lebih ringan

Apple menyatakan, titanium bukan sahaja menjadikan iPhone terbaru mereka ini lebih kukuh, tetapi juga menjadikannya lebih ringan berbanding material keluli tahan karat yang digunakan pada iPhone 14 Pro.

Screenshot 2023-09-13 at 3.57.26 AM
Perbandingan fizikal antara iPhone 15 Pro Max dengan iPhone 14 Pro Max.

Cip A17 Pro

Apple mula memperkenalkan versi cip Apple Pro menerusi A17 Pro untuk iPhone mereka yang mana ia menggantik nama yang digunakan sebelum ini iaitu Bionic.

Screenshot 2023-09-13 at 4.04.55 AM
Cip A17 Pro miliki 6 teras GPU berbanding A16 hanya 5 teras GPU.

Ia juga merupakan cip 3 nanometer pertama yang dibangunkan Apple untuk iPhone dan Apple nyatakan bahawa A17 Pro adalah cip telefon pintar terpantas ketika ini.

Keupayaan itu sekaligus Apple mengumumkan beberapa judul permainan yang sebelum ini hanya ada untuk platform komputer dan konsol, akan dibawa ke platform iOS seperti, Resident Evil Village, Resident Evil 4 – Remake dan The Division Resurgence yang akan tiba tahun ini dan awal tahun depan.

Screenshot 2023-09-13 at 9.40.27 PM

Butang aksi gantikan suis senyap

iPhone 15 Pro tidak lagi dilengkapi dengan suis senyap di mana ia digantikan dengan butan aksi dengan ciri tindak balas haptik.

Butang aksi baharu ini membolehkan pengguna untuk bukan sahaja mensenyapkan iPhone, tetapi juga bertindak sebagai pintasan bagi melaksanakan tetapan lain seperti mengaktifkan memo suara, melancarkan aplikasi kamera dan lain-lain.

Screenshot 2023-09-13 at 4.19.22 AM
Screenshot 2023-09-13 at 2.00.29 AM
Fungsi yang boleh diaktifkan dengan butang aksi baharu.

Tiada lagi storan 128GB

Jika iPhone 14 Pro Max ada ditawarkan pilihan storan 128GB, tapi kini untuk iPhone 15 Pro Max, ia tidak lagi ditawarkan.

Pilihan storan yang ada hanyalah 256 GB, 512 GB dan 1 TB.

Mahal RM200

Jika sebelum ini harga iPhone 14 Pro Max bagi storan 256GB adalah RM6,299, tapi untuk iPhone 15 Pro Max, ia berharga RM6,499 bagi saiz storan yang sama.

Kamera

Bagi spesifikasi kamera pula, tidak banyak berubah di mana Apple masih mengekalkan rekaan 3 kamera belakang 48MP, 12MP Ultra Lebar dan 12MP Telefoto.

Tetapi kamera iPhone 15 Pro Max dilengkapi ciri tambahan baharu iaitu sokongan Smart HDR 5 untuk foto, log rakaman video sekaligus menjadikannya sebagai telefon pintar pertama di dunia yang menyokong Academy Color Encoding System (ACES) dan rakaman video spatial.

Screenshot 2023-09-13 at 9.08.45 PM
Keupayaan telefoto juga dipertingkat seperti 120 mm focal length dan zoom digital sehingga 25 kali.
Screenshot 2023-09-13 at 9.16.51 PM
Rakaman spatial video yang menggunakan lensa utama dan ultra lebar serentak bagi mencipta video 3 dimensi.

Juga sokongan resolusi super tinggi foto 24MP (sebelum ini hanya foto 48MP sahaja).

Lain-lain

Lain-lain perbezaan yang dimiliki iPhone 15 Pro Max berbanding iPhone 14 Pro Max adalah ia dilengkapi teknologi rangkaian Thread, Wi-Fi 6E, cip Ultra Wideband generasi kedua dan RAM nya meningkat sebanyak 2GB menjadikan RAM yang dimiliki Phone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max adalah sebanyak 8GB (menurut MacRumors).

Jadi, daripada perbezaan-perbezaan yang dinyatakan di atas, adakah sudah cukup sebab untuk anda menaik taraf daripada model iPhone 14 Pro Max kepada iPhone 15 Pro Max?

Berkaitan

  • iPhone 15 Dan iPhone 15 Plus Rasmi, Kini Hadir Dengan 'Dynamic Island'
  • iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
  • iOS 17 Tersedia Untuk iPhone Dan iPad Pada 19 September 2023

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY