Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Telefon Pintar Dengan Kamera Swafoto Terbaik Jadi Milik iPhone 15 Pro Max

Diterbitkan Oktober 12, 2023 oleh ariff bukhari

DXOMark telah menobatkan iPhone 15 Pro Max sebagai peranti dengan kamera swafoto terbaik ketika ini dengan markah tertinggi 149 mata.

DXOMark dalam ulasannya berkata, walaupun Apple iPhone 15 Pro Max menggunakan perkakasan kamera hadapan yang serupa seperti generasi iPhone 14 sebelumnya, tetapi ia masih menunjukkan kemajuan ketara dalam kedua-dua foto dan video, hasil daripada penambahbaikan dalam perisiannya.

Antara kelebihan kamera hadapan iPhone 15 Pro Max menurut DXOMark adalah Autofokus yang boleh dipercayai dan pantas, perincian yang tinggi dalam cahaya terang untuk foto dan video, ciri penstabilan berkesan apabila merakam semasa bergerak dan pengasingan subjek yang sangat tepat dalam mod bokeh.

Sekaligus memberikan keputusan yang cemerlang dalam ujian swafoto DXOMARK.

kamera swafoto terbaik

“Secara keseluruhan, Apple iPhone 15 Pro Max adalah pilihan yang jelas untuk pengguna telefon pintar yang mengutamakan mencipta kandungan imej dan video berkualiti tinggi menggunakan kamera hadapan.” DXOMark.

Apple bukan sahaja menewaskan pesaing-pesaingnya yang lain. Tetapi telefon pintar mereka itu menguasai carta global kamera swafoto terbaik DXOMark dengan menguasai 5 yang teratas dalam kategori ini.

kamera swafoto terbaik

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Kamera iPhone 15 Pro Max Sekadar Ke-2 Terbaik Di Dunia
  • Beberapa Pengguna Lapor Isu iPhone Terpadam Dengan Sendiri

Sumber: DXOMark

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY