Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kawasaki CORLEO

Kawasaki Perkenal Kategori Baharu Motosikal ‘Berkaki Empat’

Diterbitkan April 7, 2025 · Dikemas kini April 7, 2025 oleh ariff bukhari

Kawasaki Group baru-baru ini telah mendedahkan kategori baharu bagi kenderaan mobiliti peribadi khusus untuk aktiviti off-road.

Dikenali sebagai CORLEO , Kawasaki menyatakan bahawa mobiliti ini sebagai satu revolusi yang menawarkan keupayaan merentasi semua jenis permukaan dengan cemerlang yang digerakkan oleh empat kaki robotik dengan menggabungkan kawalan dan kestabilan seperti motosikal Kawasaki.

Kawasaki berkata, kenderaan ini sentiasa memantau pergerakan penunggang untuk memberikan rasa yang meyakinkan antara manusia dan mesin walau apa jua aktiviti termasuklah mendaki gunung, bersiar-siar dan lain-lain.

Kawasaki CORLEO
Kawasaki CORLEO 1
CORLEO dilengkapi panel instrumen yang memaparkan paras hidrogen, laluan ke puncak, kedudukan pusat graviti, dan maklumat lain. Pada waktu malam, ia menyokong pengalaman tunggangan yang optimum dengan memancarkan penanda ke permukaan jalan untuk menunjukkan laluan di hadapan.

CORLEO merupakan mobiliti konsep yang dilengkapi dengan enjin hidrogen 150cc untuk penjanaan kuasa.

Hidrogen dibekalkan daripada kanister yang dipasang di bahagian belakang.

Elektrik yang dijana digunakan untuk menggerakkan unit pemacu yang dipasang pada setiap satu daripada empat kaki.

Kawasaki CORLEO 2

CORLEO akan ditayangkan kepada umum di pameran Ekspo Dunia 2025 (Expo 2025 Osaka, Kansai, Jepun) yang akan berlangsung selama 184 hari iaitu bermula dari 13 April hingga 13 Oktober 2025.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Nintendo Switch 2 Rasmi, Akan Tersedia Di Pasaran Bermula 5 Jun 2025
  • POCO M7 Pro 5G Hadir Dengan Cip Dimensity 7025-Ultra, Harga Bawah RM1000

Sumber: Kawasaki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY