Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
concept iPhone 17 Pro_kredit Asherdipps

Kapasiti Bateri Semua Model iPhone 17 Tertiris

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh Amalina Athman

Menjelang pelancaran siri iPhone 17 pada awal pagi Rabu ini, kapasiti bateri bagi semua model dilaporkan telah tersenarai dalam pangkalan data pihak berkuasa China.

Dalam siaran di X, peniris terkenal ShrimpApplePro berkongsi maklumat yang didakwa daripada pangkalan data tersebut, menunjukkan bahawa iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max ditawarkan dengan dan tanpa slot kad SIM fizikal, bergantung pada pasaran.

Bagi model asas iPhone 17 pula, setakat ini hanya satu kapasiti bateri yang disenaraikan. Ia mungkin bermakna model ini menawarkan kapasiti bateri yang sama bagi eSIM dan dengan slot SIM fizikal.

Berikut anggaran kapasiti bateri bagi setiap model iPhone 17, dengan dan tanpa slot kad SIM fizikal:

  • iPhone 17: 3,692mAh
  • iPhone 17 Air: 3,036mAh/3,149mAh
  • iPhone 17 Pro: 3,988mAh/4,252mAh
  • iPhone 17 Pro Max: 4,823mAh/5,088mAh

Jika laporan ini tepat, Apple nampaknya memanfaatkan ruang tambahan dalam peranti. Kapasiti bateri bagi pengguna eSIM dijangka sekitar 5% lebih besar berbanding pengguna dengan slot kad SIM fizikal.

Memandangkan Apple kini dikehendaki memaparkan label tenaga pada halaman produk iPhone di EU, kapasiti bateri rasmi dijangka akan disiarkan kelak, kemungkinan dalam minggu ini.

Berkaitan

  • Tiada 'Sky Blue', Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro
  • iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium
  • Gambar Terbaharu Ini Kuatkan Teori Rekaan iPhone 17
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Apple Sahkan Acara iPhone 17 Pada 10 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY