Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AFP, Elon Musk

Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX

Diterbitkan November 26, 2026 ยท Dikemas kini November 26, 2026 oleh Amalina Athman

Jutawan teknologi Elon Musk mengumumkan setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat akan menerima dua saham SpaceX, sekali gus menggandakan tawaran satu saham yang dibuatnya pada Oktober lalu.

Every child in America will receive two SpaceX shares, one from the company and one from me personally

— Elon Musk (@elonmusk) November 26, 2026

Menurut Musk, saham yang diberikan oleh SpaceX akan dipindahkan mulai bulan depan, manakala saham daripada pegangan peribadinya hanya akan dipindahkan pada Jun 2027, selepas tempoh sekatan pemindahan saham (lockup) tamat.

“Jika SpaceX berjaya membolehkan manusia hidup di lebih daripada satu planet dan memanfaatkan walaupun hanya satu per sejuta daripada tenaga Matahari, nilainya akan mencecah kira-kira sejuta kali ganda nilai ekonomi global ketika ini. Matlamat ini sememangnya amat sukar dicapai, tetapi terdapat laluan untuk merealisasikannya. Saya syorkan supaya anda menyimpan saham tersebut,” katanya.

Dalam pengumuman rasminya, SpaceX turut menyatakan syarikat itu akan menyumbangkan satu saham baharu Kelas A bagi setiap akaun Trump Account yang masih aktif. Musk pula akan menyamai jumlah saham yang disumbangkan oleh SpaceX menerusi pemberian daripada pegangan peribadinya.

Namun, belum ada penjelasan lanjut sama ada pengagihan saham peribadi Musk akan menggunakan mekanisme yang sama atau sebaliknya.

Memetik laporan AFP, berdasarkan data Biro Banci AS bagi 2024, terdapat kira-kira 73 juta penduduk berusia bawah 18 tahun di negara itu. Dengan harga penutupan saham SpaceX sebanyak AS$127.44 pada Rabu, nilai keseluruhan pemberian itu dianggarkan sekitar AS$18.6 bilion sekiranya semua kanak-kanak di AS menerimanya.

SpaceX mula disenaraikan di pasaran saham pada Jun lalu dan berjaya mengumpulkan kira-kira AS$85.7 bilion.

Roket gergasi Starship milik syarikat itu berjaya mencapai orbit buat kali pertama pada September lalu, satu langkah penting dalam pembangunan kenderaan pelancar besar yang direka untuk misi masa depan ke Marikh.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Tesla Roadster, Kereta Mampu Terbang Dengan Teknologi SpaceX Rasmi, Tempahan Di Malaysia Bermula RM21,000
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) Pemilik EV Di China Dakwa Fungsi Parkir Automatik Diaktifkan 868 Kali Dalam Satu Malam
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
©2026 WISER.MY