Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tarikh pelancaran iPhone 17_featured

Apple Sahkan Acara iPhone 17 Pada 10 September

Diterbitkan Ogos 27, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, Apple akhirnya mengesahkan acara tahunan pelancaran iPhone akan berlangsung pada 10 September 2025, jam 1.00 pagi waktu Malaysia (MYT).

Untuk edisi kali ini, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 17, iPhone 17 Air (pengganti model Plus), iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Pelancaran ini juga berkemungkinan disertai dengan pengumuman Apple Watch SE 3, Apple Watch Series 11, Apple Watch Ultra 3 serta tidak mustahil AirPods Pro 3 dengan rekaan baharu.

Selain produk baharu, Apple turut dijangka mengumumkan tarikh pelancaran iOS 26, macOS 26 serta kemas kini perisian yang lain.

Apple Sahkan Acara iPhone 17 Pada 10 September

Acara boleh ditonton secara langsung melalui laman rasmi Apple, Apple TV atau YouTube pada 10 September 2025, jam 1.00 pagi (waktu Malaysia).

Dengan tarikh pelancaran sudah diumumkan, sama-sama nantikan acara tersebut bagi mengesahkan segala desas-desus mengenai iPhone 17.

Berkaitan

  • Tiada 'Sky Blue', Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro
  • iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Harga iPhone 17 Dijangka Naik Sekitar RM200
  • iPhone 17 Air Mungkin Hadir Dengan Sarung 'Bumper' Mirip iPhone 4

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY