Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Container Crane at a Sunlit Port-6

Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%

Diterbitkan November 26, 2026 ยท Dikemas kini November 26, 2026 oleh Amalina Athman

Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif sehingga 25% ke atas Malaysia masih belum dimuktamadkan, dengan kadar sebenar hanya akan diumumkan pada suku pertama 2027, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Langkah itu susulan siasatan di bawah Seksyen 301 oleh Wakil Perdagangan AS (USTR) berkaitan lebihan kapasiti terhadap 14 ekonomi, termasuk Malaysia, yang hasilnya diumumkan pada 25 November 2026.

Bagaimanapun, MITI menjelaskan kadar tarif antara 18% hingga 25% yang dicadangkan USTR itu masih bersifat indikatif dan bukan kadar muktamad. Setakat ini, hanya tarif 10% berkaitan buruh paksa yang dikenakan ke atas Malaysia pada 24 Julai 2026 sedang berkuat kuasa.

Dalam masa sama, MITI akan terus mengadakan rundingan dengan AS bagi memastikan jumlah kadar tarif ke atas Malaysia di bawah Seksyen 301 tidak melebihi 19%. Usaha itu turut mengambil kira kedudukan Malaysia sebagai antara ekonomi terawal yang menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (ART).

26 NOVEMBER 2026| MEDIA STATEMENT pic.twitter.com/0TONOGgVMi

— MITI Malaysia (@MITIMalaysia) November 26, 2026

MITI turut memaklumkan perkembangan lanjut mengenai rundingan itu akan dikongsikan menjelang suku pertama 2027 bagi memberikan kepastian kepada pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan pelabur.

Selain itu, Malaysia menegaskan sektor pembuatannya tidak mempunyai lebihan kapasiti yang boleh menjejaskan atau mengganggu pasaran global.

Walau bagaimanapun, MITI akan menyemak barangan yang diimport dari negara ketiga bagi memastikan negara ini tidak menyumbang kepada lebihan kapasiti global.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • AS Tambah Keperluan Lesen Eksport Cip AI Canggih Ke 5 Negara, Termasuk Malaysia
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) EV Tanpa Pemandu Di China Didakwa Cuba Parkir Kenderaan Secara Autonomi Sebanyak 868 Kali
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
  • XPENG Perkenal IRON, Akan Mula 'Bekerja' Di Bilik Pameran Kenderaan Pada 2027
©2026 WISER.MY