Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga

Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga

Diterbitkan November 26, 2026 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik dari National Taiwan University (NTU) telah berjaya membangunkan cip pemproses kecerdasan buatan (AI) berkecekapan tinggi yang berpotensi mengatasi salah satu cabaran terbesar dalam teknologi AI generatif, iaitu penggunaan tenaga yang tinggi.

Inovasi ini mendapat sokongan daripadaMajlis Sains dan Teknologi Kebangsaan (NSTC) Taiwan yang bertujuan membolehkan AI beroperasi secara lebih cekap terus pada peranti pengguna tanpa terlalu bergantung kepada pusat data awan.

Pasukan penyelidik telah menghasilkan dua generasi cip khas yang direka untuk meningkatkan prestasi model berasaskan Transformer, teknologi teras yang digunakan dalam kebanyakan aplikasi AI generatif moden.

Universiti Kebangsaan Taiwan Bangunkan Cip AI Jimat Tenaga
Kredit: FB NSTC.

Cip generasi pertama memberi tumpuan kepada pengurangan penggunaan tenaga ketika proses inferens dengan mengenal pasti pengiraan yang benar-benar diperlukan dan mengelakkan operasi yang kurang penting.

Berdasarkan perbandingan dengan penyelidikan yang telah diterbitkan, cip generasi pertama ini merupakan pemproses pembelajaran pertama yang dilaporkan dalam literatur mampu menyokong kedua-dua inferens Transformer dan pecutan latihan.

Dihasilkan menggunakan proses 40-nm, cip ini mencapai kecekapan tenaga puncak sebanyak 99.2 TOPS/W, iaitu 2.6 hingga 162 kali ganda lebih cekap tenaga berbanding pemproses Transformer canggih yang direka khusus untuk inferens seperti yang dilaporkan pada masa penerbitan tersebut.

Sementara itu, cip generasi kedua direka untuk meningkatkan kecekapan semasa proses pembelajaran atau latihan model AI.

Dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang mengurangkan keperluan penyimpanan data dan kerumitan pengiraan, cip tersebut mencapai kecekapan tenaga sehingga 157 TOPS/W, memberikan kecekapan tenaga 1.6 hingga 7.6 kali ganda lebih tinggi berbanding pemproses pembelajaran Transformer termaju yang dilaporkan pada masa penerbitan.

Pencapaian ini menjadikannya antara pemproses pembelajaran Transformer paling cekap yang pernah dibangunkan.

Menurut ketua penyelidik, Profesor Chia-Hsiang Yang dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Institut Siswazah Kejuruteraan Elektronik di Universiti Kebangsaan Taiwan (NTU), prinsip utama reka bentuk cip ini adalah melakukan hanya pengiraan yang diperlukan serta mengurangkan pergerakan data, yang merupakan antara penyumbang terbesar kepada penggunaan tenaga dalam sistem AI.

Teknologi ini dijangka memberi manfaat kepada pelbagai sektor termasuk telefon pintar, robotik, automasi industri dan kenderaan autonomi.

Pasukan penyelidik itu kini sedang membangunkan generasi seterusnya bagi menangani isu lebar jalur memori yang menjadi halangan utama kepada perkembangan AI generatif pada masa hadapan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Penyelidik AS Dan Toyota Cipta Gam Mudahkan Bateri Dikitar Semula
  • XPENG Perkenal IRON, Akan Mula 'Bekerja' Di Bilik Pameran Kenderaan Pada 2027

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • vivo V80 Mula Dijual 28 November, Harga Bermula RM2,499 Dengan Ganjaran Hingga RM1,583
  • Nvidia Dilapor Henti Penghantaran Pelayan AI Ke Malaysia, Singapura, Thailand Dan Indonesia
  • (Video) EV Tanpa Pemandu Di China Didakwa Cuba Parkir Kenderaan Secara Autonomi Sebanyak 868 Kali
  • Sokongan Aplikasi 32-Bit Bakal Jadi Pilihan Dalam Windows Server 2028
  • Pam Susu Wearable Anker eufy Kini Dijual Di Farmasi Terpilih, Harga Dari RM799
  • XPENG Perkenal IRON, Akan Mula 'Bekerja' Di Bilik Pameran Kenderaan Pada 2027
  • WhatsApp Uji Ciri 'View Once' Untuk Mesej Teks, Sebilangan Pengguna Kini Mula Menerimanya
©2026 WISER.MY