Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Harga e.MAS 7 PHEV Diumumkan, Bermula Dari RM109,800

Kajian Dapati Pengguna EV Kini Lebih Gembira Berbanding ICE Dan Hibrid

Diterbitkan Julai 28, 2026 · Dikemas kini Julai 28, 2026 oleh ariff bukhari

Dulu, bila sebut kereta baharu, ramai terus fikir skrin lebih besar, sistem info hiburan lebih pintar atau pelbagai ciri canggih yang lain.

Tetapi, kajian terbaru daripada JD Power menunjukkan perkara yang benar-benar membuatkan pemilik puas hati sebenarnya jauh lebih mudah daripada itu.

Kajian 2026 U.S. Automotive Performance, Execution and Layout (APEAL) Study ini adalah berdasarkan maklum balas daripada 78,514 pemilik kenderaan model tahun 2026 baharu yang ditinjau selepas 90 hari pemilikan.

Kajian ini dijalankan dari Jun 2025 hingga Mei 2026 berdasarkan kenderaan yang didaftarkan dari Mac 2025 hingga Februari 2026.

Dalam laporan mereka menunjukkan, apa yang paling dihargai bukanlah teknologi yang semakin kompleks, tetapi ruang dalaman kenderaan yang lebih praktikal, storan yang lebih bijak dan pengalaman menggunakan kereta yang lebih selesa setiap hari.

Antara faktor utama ialah reka bentuk dalaman yang lebih baik, kemudahan keluar masuk kenderaan serta gaya luaran yang lebih menarik.

Menariknya, model baharu yang sepatutnya membawa lebih banyak inovasi tidak semestinya lebih digemari berbanding model sedia ada.

Malah, dalam segmen premium, beberapa model baharu memperoleh skor lebih rendah.

Ini memberi gambaran bahawa menambah teknologi semata-mata tidak lagi mencukupi jika pengalaman pengguna menjadi semakin rumit.

Perkara ini turut dapat dilihat pada sistem info hiburan dalam kenderaan.

Walaupun semakin moden, ramai pemilik masih berdepan masalah ketika proses tetapan awal dan penggunaan harian.

Dalam erti kata lain, teknologi yang sepatutnya memudahkan kehidupan kadangkala menjadi satu lagi perkara yang perlu dipelajari.

Satu lagi perkembangan menarik ialah jurang antara jenama premium dan jenama arus perdana semakin mengecil.

Jika suatu ketika dahulu jenama premium jauh meninggalkan pesaingnya dari segi kepuasan pelanggan, kini perbezaannya semakin kecil.

Ini menunjukkan pengeluar arus perdana semakin berjaya menawarkan pengalaman pemilikan yang hampir setanding.

“Pemilik paling bersemangat apabila kenderaan mereka bukan sahaja berfungsi dengan andal tetapi juga terasa direka bentuk dengan teliti dan menawarkan bahagian dalaman yang selesa, storan berguna dan teknologi yang mudah digunakan. Jenama yang memahami kedua-dua belah persamaan itu dengan betul melihat sokongan paling kuat daripada pelanggan mereka.” kata Frank Hanley, pengarah kanan penanda aras auto di JD Power.

Dalam masa yang sama, kenderaan elektrik (EV) mencatat peningkatan kepuasan paling tinggi dengan lonjakan 22 mata.

Skor itu mengatasi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dalam hampir semua aspek yang dinilai, sekali gus memberi isyarat bahawa persepsi pengguna terhadap EV semakin positif.

Bagi kedudukan jenama pula, Porsche mengekalkan takhta sebagai jenama premium dengan skor tertinggi untuk tahun ketiga berturut-turut.

Dalam kategori arus perdana pula, MINI sekali lagi muncul di tempat pertama, diikuti rapat oleh Hyundai dan Kia.

Kajian Dapati Pengguna EV Kini Lebih Gembira Berbanding ICE Dan Hibrid

Hakikatnya, pengguna hari ini bukan lagi sekadar mahukan kereta yang dipenuhi teknologi.

Mereka mahukan kereta yang mudah digunakan, selesa dipandu dan tidak menyusahkan kehidupan harian.

Berkaitan

  • Proton e.MAS Dominasi Pasaran NEV Tempatan – Rekod 321% Pertumbuhan Bantu Proton Catat Prestasi Terbaik Dalam 15 Tahun
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • DENZA Z9GT Rasmi Di Malaysia, EV Mewah 1,156PS, 701km, RM358,800
  • Honda Dan Nissan Dilapor Sedang Berbincang, Bersama Bangunkan OS Untuk Kenderaan Masa Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY