DENZA secara rasmi melancarkan DENZA Z9GT di Malaysia, sekali gus menjadikan negara ini sebagai pasaran pertama di rantau Asia Pasifik menerima model grand tourer elektrik mewah tersebut.
Ditawarkan pada harga RM358,800 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran), Z9GT tampil sebagai model utama jenama premium di bawah BYD.

DENZA Z9GT dibangunkan berasaskan e3 Platform baharu BYD yang menggabungkan sistem pacuan semua roda (AWD) dengan tiga motor elektrik. Gabungan itu menghasilkan kuasa sehingga 850 kW (1,156 PS) dan 1,210 Nm tork, membolehkan kereta ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.7 saat.
Model ini turut menggunakan BYD Blade Battery Generasi Kedua berkapasiti 122.49 kWh, menawarkan jarak pemanduan sehingga 701 km mengikut standard NEDC.
Ia juga menjadi antara model pertama yang menyokong Teknologi Pengecasan Flash BYD berasaskan sistem 1,000V, yang membolehkan bateri dicas daripada 10% ke 70% dalam hanya lima minit, atau sehingga 97% dalam sembilan minit.
Selain prestasi, DENZA turut menampilkan pelbagai teknologi bantuan pemanduan menerusi e3 Platform seperti Crab Walk, Compass Turn, sistem stereng roda belakang sehingga 15 darjah, jejari pusingan hanya 4.62 meter, serta fungsi parkir pintar.
Di bahagian kabin, Z9GT dilengkapi sistem audio 20 pembesar suara Devialet, Google Built-in, pemproses berprestasi tinggi serta pelbagai ciri premium yang direka untuk memberikan pengalaman grand touring yang lebih selesa.
Bagi pasaran Malaysia, DENZA menawarkan pakej pemilikan yang merangkumi waranti kenderaan selama enam tahun atau 150,000 km, penyelenggaraan berjadual percuma selama enam tahun bernilai RM10,000, selain waranti bateri voltan tinggi dan unit pacuan selama lapan tahun atau 160,000 km.
DENZA Z9GT kini boleh dipandu uji di semua bilik pameran DENZA Premium di seluruh negara termasuk Balakong, Glenmarie, KLCC, KL North, Old Klang Road, Melaka, Pulau Pinang dan Skudai.
{suggest}



















