Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lee Lam Thye

Kaji Akses Polis Kepada Data Telefon Dalam Undang-Undang Sedia Ada – Lee

Diterbitkan Januari 15, 2025 · Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amalina Athman

Beberapa undang-undang, antaranya Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.

Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini termasuk mentafsirkan jenis kesalahan yang memerlukan akses sedemikian, prosedur khusus yang perlu diikuti dan tahap pengawasan kehakiman yang diperlukan.

Kita juga boleh melaksanakan keperluan waran mandatori untuk mengakses data telefon… mewujudkan suatu mekanisme bebas untuk mengawasi akses polis kepada data peribadi sebagai lapisan tambahan untuk akauntabiliti dan ketelusan.

Sehubungan itu, Lee berkata Malaysia boleh mengkaji kebaikan dan keburukan kaedah-kaedah tersebut dan mengambil langkah yang bersesuaian dengan aspirasi, cabaran dan hala tuju masa depan negara.

Sesetengah negara Eropah mempunyai undang-undang jelas dan tegas yang memerlukan waran dan syak wasangka melakukan aktiviti jenayah sebelum polis boleh mengakses data telefon mudah alih. Kita boleh mengkaji kaedah mereka tetapi terdapat juga negara lain melaksanakan sebaliknya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis mempunyai hak untuk memeriksa telefon orang awam sekiranya ada syak wasangka atau maklumat berhubung seseorang disyaki melakukan kesalahan.

Namun, Lee menyatakan beberapa kelompongan boleh berlaku, termasuk potensi untuk penyalahgunaan kuasa.

Lanjutan itu, beliau menyarankan supaya kelemahan tersebut diatasi dengan mengukuhkan kerangka perundangan, meningkatkan kesedaran orang awam serta menangani isu spesifik untuk mewujudkan suatu sistem yang melindungi kebebasan orang awam dan individu.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • PDRM Tumpaskan 40 Sindiket Penipuan Dalam Talian
  • PDRM Tahan 13 Individu Disyaki Terlibat Kesalahan Seksual Dalam Talian
  • Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah - KPN

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Facebook/Bahagian Penguatkuasa JPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY