Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Tahan 13 Individu Disyaki Terlibat Kesalahan Seksual Dalam Talian

PDRM Tahan 13 Individu Disyaki Terlibat Kesalahan Seksual Dalam Talian

Diterbitkan Disember 24, 2024 ยท Dikemas kini Disember 24, 2024 oleh Amalina Athman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melaksanakan operasi bersepadu “OP Pedo” pada 23 Disember, terhadap suspek yang disyaki melakukan kesalahan seksual secara dalam talian melibatkan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata seramai 13 lelaki warga tempatan berumur di antara 20 hingga 74 tahun telah ditangkap dalam serbuan di enam buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak, Johor dan Terengganu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan terhadap peranti yang digunakan di premis kediaman semua suspek telah menemui anggaran 40,000 CSAM dan bahan pornografi dewasa. Untuk siasatan lanjut, PDRM telah merampas 7 unit set komputer, 1 unit komputer riba, 11 buah telefon bimbit dan 16 unit modem dan penghala (router).

Sebanyak 13 kertas siasatan juga telah dibuka atas kesalahan memiliki CSAM di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan kesalahan memiliki bahan lucah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, orang ramai terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak turut dinasihatkan agar meningkatkan kawalan kendiri, menjaga batas moral dan adab bersosial dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah serta melaporkan sebarang penyalahgunaan rangkaian kepada pihak berkuasa.

Berkaitan

  • Miliki Pornografi Kanak-Kanak, Bekas Pembangun Perisian CIA Dipenjara 40 Tahun
  • Diskaun Hingga RM2488? Shopee Electronics Zone Tawar Jimat Besar, Rugi Kalau Lepas!
  • Apple Disaman $1.2 Bilion Kerana Batalkan Rancangan Pengesanan CSAM Dalam iCloud
  • Konsol PS5 Dan PS4 Antara Yang Banyak Digunakan Untuk Tonton Pornografi
  • Lebih 15 Juta Saluran Dengan Kandungan Berbahaya Disekat Telegram Sepanjang 2024

Sumber: Polis Diraja Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY