Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
road block sekatan jalan raya polis

Polis Berhak Periksa Telefon Orang Awam Jika Ada Syak Wasangka Munasabah – KPN

Diterbitkan Januari 14, 2025 · Dikemas kini Januari 14, 2025 oleh ariff bukhari

Kelewatan dalam mendapatkan waran geledah boleh menjejaskan penyiasatan, seperti risiko bukti dimusnahkan atau dirosakkan oleh pemiliknya.

Dalam situasi sedemikian, polis berhak mengambil telefon bimbit untuk diperiksa kemudian.

Itu yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain dengan berkata perkara berkenaan termaktub di bawah Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah iaitu bagi maksud memastikan tiada sebarang komunikasi berunsur lucah, jelik, mengugut dan mengancam seseorang.

Menurutnya, perkara tersebut dibenarkan berdasarkan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Bagaimanapun, KPN berkata kuasa memeriksa tersebut diberikan kepada pegawai polis sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor.

Keengganan memberi kerjasama boleh dianggap sebagai menghalang tugas polis, yang boleh membawa kepada penahanan.

Telefon bimbit yang diambil mesti berkaitan dengan siasatan kes tertentu atau berdasarkan syak wajar bahawa pemiliknya terlibat dalam jenayah.

“Justeru tiada pihak boleh mempertikaikan kuasa memeriksa telefon bimbit ketika sekatan jalan raya, namun ia mesti dibuat dengan berhemah dan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan bukan sesuka hati tanpa sebab yang munasabah,” Ketua Polis Negara.

Beliau berkata demikian bagi mengulas video tular mengenai individu mempertikai tindakan polis menahan seseorang dan memeriksa telefon bimbit.

Berkaitan

  • PDRM Ingatkan Larangan Guna Telefon Semasa Memandu
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • TMT Kini Pengedar Sah Starlink Di Malaysia

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY